sebarkan aura bahagia, takkan nak ceria sendiri aje.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku nak kongsi sikit, Kebahagiaan dari kacamata aku.
Bahagia adalah satu perasaan yang takdapat dielak dalam diri seorang manusia. Bahagia dapat dilihat bilamana seorang itu senyum, tenang, gembira, tertawa.


Berdasarkan kamus dewan edisi ke empat, kebahagiaan adalah perasaan bahagia, kesenangan hidup, kemujuran, keberuntungan
setiap orang tafsirkan bahagia itu tak sama. Sebab masing2 ada cara tersendiri untuk mencapai bahagia.
Ini dari pandangan dan kacamata aku, bahagia itu bila kita dapat buat orang tersenyum dan kita pun senyum juga. Maknanya, kita tengok orang lain bahagia atas usaha kita, kita akan bahagia juga.
Masa aku kecik, apa yang aku faham dengan bahagia adalah kita dapat barang yang kita nak. Aku senyum, suka, riang, mak ayah aku pun senyum riang juga. Masa tu, aku rasa itulah bahagia.
Bila masuk sekolah, takrifan kebahagiaan yang baru pula muncul, bilamana dapat gred bagus, aku senyum. Itu bahagia yang aku faham. Tambah pula, kawan bertambah ramai. Lepak sana sini, aku rasa itulah bahagia juga. Pada waktu itu, ibu bapa bahagia juga tapi kadang tu ada juga sedihnya tapi aku takperasan kerna asyik dengan bahagia sendiri.
Habis sekolah, masuk universiti,berjaya sambung belajar lagi, aku senyum juga. Tapi dalam separa sedar aku, dalam kebahagiaan tu, rupa2nya kedua orang tua aku dah menginjak usia.
Dalam menjalani hidup, semakin aku meniti usia, aku mula faham, dalam diam sebenarnya, bahagia yang aku cari selama ni, adalah sebahagian doa dari kedua mak ayah aku. Diorang pun kongsi bahagia, senyuman yang sama bila aku senyum. Tapi aku takpernah nak nampak bende tu dengan jelas sejak aku kecik, yelah masa kecik2, sibuk pikir pasal diri sendiri.
Jadinya, aku cuba belajar lagi makna bahagia, untuk diri sendiri sahajakah, atau untuk kawan2, untuk mak ayah, untuk ummat islam seluruhnya-kah? Sekian lama mencari, barulah aku faham yang bahagia ini banyak.
Perlu mencari bahagia untuk diri aku sendiri,memberi dan berkongsi bahagia dengan mak ayah, kawan2 dan ummat islam semuanya.
1)Untuk bahagia diri sendiri
berusahalah supaya sentiasa mencapai matlamat diri setiap hari. Setiap hari ada azam baru, setiap hari ada kisah baru nak dikongsi dan disebarkan kebaikannya. Setiap hari ada amal soleh yang dibuat dan berusaha untuk istiqamah. Kau dan aku, kita sendiri yang letak takrif bahagia untuk diri kita.

2)Bahagia ibu ayah
Semakin besar ni, bahagia untuk mak ayah itu sebenarnya kunci bahagia dunia akhirat. Mak ayah senyum atas apa yang kita buat, Allah akan permudahkan kehidupan kita sebab kita gembirakan mak ayah.

“Redha Allah bergantung pada redha kedua-dua ibu bapa dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa”.  
(Hadis Riwayat Hakim)

Gembirakan mak ayah dengan tolong buat kerja rumah macam cuci baju, sapu sampah, buang sampah, tolong masak kat dapur, buatkan air, sediakan lauk dan nasi utk makan, urut diorang, bercerita dengan diorang, keluar shopping sama2, bagi hadiah, tolong gosok baju, tunjukkan kita sentiasa ceria. Banyak cara sebenarnya selain bagi duit sebab mak ayah kita pun ada sumber duit diorang sendiri. Maka, pelbagaikanlah cara untuk bahagiakan diorang. Serius, bila kita dapat tengok mak ayah kita senyum dan ceria, memang satu kebahagiaan dan kegembiraan yang sentiasa dinanti.

selain itu, sentiasa doa kesejahteraan buat mak ayah kita sebab itu pun akan menjadikan mereka bahagia juga kerana doa anak soleh adalah bekalan buat mak ayah kita.

3)Bahagia kawan2 dan ummat islam semuanya

bila orang bahagia dan senyum bila kita gembirakan hati diorang dengan perkara baik yang kita buat. Selain mendapat pahala sebab bahagiakan orang lain, kita juga akan mendapat doa2 dari mereka. Bukankah itu indah kerana orang lain mendoakan kita dan mungkin dalam ramai2 itu, ada antara mereka yang doanya mustajab dan mereka lebih mulia disisi Allah, siapa tahu kan.
Oleh yang demikian, gembirakanlah semua orang disekeliling kita terutamanya mak ayah kita. Kita taktahu siapa yang akan pergi dulu bertemu ilahi. Ambillah masa yang ada ni, buat kebaikan kepada mak ayah dan orang lain. Bahagiakan diri dengan cara tersendiri. Bahagiakan diri dengan kumpul pahala. Taksalah untuk bahagiakan diri dengan travel, makan di kedai mewah, berjalan2 dengan orang tersayang. Cuma pastikan setiap kita buat itu adalah ibadah. Kerana mencari dan mencapai redha Allah itulah kebahagiaan abadi.
Sebarkan aura positif dan kebaikan supaya setiap orang dapat merasa bahagia itu.
Berkumpul ramai2 kat syurga Allah dibawah naungan rahmat Allah, itulah kebahagiaan dan kejayaan akhir nanti. InshaAllah. Allahumma ameen.
Doakan aku eh kawan2 yang membaca semua? Supaya sama2 kita terus atas jalan kebaikan dan sentiasa dalam dakapan bahagia rahmat dan berkat ilahi,dan tidak sedetik dan sekelip mata pun Allah akan tinggalkan kita.


Astaghfirullah.

Wallahu'alam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perlukah mutabaah amal?

Kelebihan zikir Ya Latif

Ghurur : Terpedaya