yang beri lupa dan ingat adalah Allah

Image result for over confidence


Yakin dan terlalu yakin adalah dua perkara yang hampir sama tapi membawa keputusan yang berbeza. 


Benda ini tampak mudah tapi ini yang sebenarnya kita selalu buat dalam diam, dalam tidak sengaja, dalam tidak menyedari kebanggaan diri dibisik oleh bisikan-bisikan jahat. 


Yakin dan terlalu yakin, memandangkan aku ni pelajar lagi, maka aku bagi contoh yang berkaitanlah. 


Contoh yang boleh diambil adalah semasa peperiksaan/ujian.

Bila dah berusaha, baca segala nota yang ada, tengok balik semua catatan yang dibuat, hafal sungguh-sungguh, tiba hari peperiksaan/ujian, masuk dalam dewan dalam keadaan yakin akan diri sendiri yang dah bersedia untuk menjawab segala jenis soalan. Semua persoalan yang bakal ditanya dalam kertas soalan tu.

Akan ada beberapa situasi yang boleh muncul bila buka kertas tu,

pertama, buka je terus tahu jawapan dari soalan tu dan rasa dapat jawab semua tapi bila semakin ke soalan belakang, semakin taktahu jawapan.


kedua, buka kertas, tengok soalan pertama terus dah taktahu jawapan.

alhasil dari kedua-dua situasi itu tadi, mungkin wujud dalam perasaan rasa 


"kenapa aku makin tak ingat ni?" *menangis* 


mula lah kat situ, nak rasa loser sebab tak ingat. diri lupa yang sesungguhnya Allah adalah yang membuatkan diri ini lupa dan membuatkan diri ini ingat. diri ini terlalu yakin sehingga lupa Allah Yang Maha Mengingatkan, Dia jua Yang Maha Melupakan. 


semuanya sekelip mata sahaja Dia mampu buat. Kun Fayakun. 


ramai yang mengajar untuk berselawat andai terlupa, untuk beristighfar, membaca pelbagai doa sepanjang di dalam dewan semasa menjawab peperiksaan/ujian, tapi diri ini terlupa, Mengingatkan dan Melupakan itu kerja Allah. 


di dalam doa, selawat, istighfar yang dibaca itu, ada tak kembalikan semula kepada Allah, ada tak merendahkan jiwa memohon bantuan Allah. semua itu satu latihan hati. latihan yang perlu buat selalu supaya nampak hasilnya.

Selain tu, pernah juga dengar orang kata,

"bila aku konfiden, markah aku rendah. bila aku tak konfiden dengan jawapan aku, markah aku tinggi pulak."

maka kat sini Allah nak ajar, disebabkan terlebih yakin itu tadi, telah menyebabkan diri lupa meletakkan tawakkal, lupa letakkan pengharapan pada Allah. 


sedangkan andai diri tak yakin tu, diri akan berusaha meletakkan tawakkal, mengharapkan bantuan dari Allah. 


sesungguhnya, hati para pensyarah yang menanda kertas itu berbolak-balik dalam pegangan Allah Azza Wa Jal. oleh itu, pintalah supaya hati mereka tenang sepanjang mereka menanda kertas peperiksaan semua. 


maka dapat dilihat secara tak langsung, diri berharap pada Allah di waktu susah namun yakin pada diri pada waktu senang (sedangkan Allah juga memudahkan semua urusan)


ampuni kami Ya Allah. sering tercicir dari mengingati-Mu sentiasa.

Maka, latihlah diri untuk meletakkan pengharapan sentiasa kepada Allah. perkara ni nampak biasa dan asas tapi biasalah, perkara asas lah yang orang ramai abaikan.

pernah cikgu aku kata,
"Kawan awak yang non-muslim tu, dia mungkin memang pandai sebab dia belajar. Awak pulak muslim, ada Allah. belajar, usaha dan tawakkal."



Image result for over confidence


Image result for over confidence


Image result for over confidence


Image result for over confidence



aku mohon Allah sentiasa pandu hati aku dan kau untuk menjadi hamba yang sentiasa bertawakkal.
Aku baru betul-betul menyedari hal ini bila tahun akhir pengajian.
Semoga Allah ampunkan aku dan kau sentiasa.
Astaghfirullah
wassalam

Ulasan

  1. Mashaallah ukhti. Terima kasih Atas perkongsian ini.

    BalasPadam
  2. betul semua ini milik Allah..dan kita hnyalah peminjam. siapalah kita utk berbangga dgn nikmat yg di pinjam. semoga hati kita sntiasa dlm lindungaNya. good entry ��

    BalasPadam
    Balasan
    1. semoga anda juga sentiasa dalam lindungan Allah

      Padam

Catat Ulasan

terima kasih untuk komen dan ulasan anda... :D

Catatan popular daripada blog ini

Perlukah mutabaah amal?

Kelebihan zikir Ya Latif

Ghurur : Terpedaya