berhati-hati dengan ipar duai
(kredit kepada nurulhayatku) bercerita ustaz semalam, semasa kuliah di hari pertama solat sunat tarawih diadakan. beliau bercerita tentang ipar duai. dikhabarkannya, di dalam sebuah kitab arab, ada diceritakan kenapa ipar duai ini paling binasa andai tidak dijaga batas pergaulan. ipar duai adalah mereka yang paling tidak diragui kerana menganggap mereka jua satu keluarga. Kisah bermula begini, seorang lelaki bernama Zaid (bkn nama sbnr) ada adik bernama Ubai (bukan nama sebenar). Zaid in sudah berkahwin dan duduk di bandar sedangkan keluarganya duduk di kampung. selang beberapa tahun, Ubai berjaya masuk ke universiti, kemudian, ibu Zaid meminta kepada Zaid supaya Ubai boleh tumpang rumah Zaid sepanjang pengajiannya di universiti. namun, Zaid bantah pada awalnya, kerana dia sering keluar dari kawasan untuk urusan kerja sedangkan hanya ada isterinya sahaja dirumah. lalu, ibunya membantah dan bertanya padanya adakah dia meragui tentang adiknya sendiri. Z...