pulanglah
Pulanglah.
mencari erti kehidupan.biar segalanya terjawab mengikut landasan syariat
agar tiada yang terpesong,
dek mengikut nafsu dna akal yang tidak berpandu.
pulanglah,
menuju Tuhan,
bertatihlah dalam pencarian,
kenali dirimu, nsecaya kau akan kenal Tuhan
berjalanlah perlahan,
merangkaklah,
kembali kepada Tuhan.
pulanglah,
belajar semula perkara paling penting,
ma'rifatullah iaitu mengenal Allah.
tuntulah ilmu walau apa cara sekalipun.
carilah guru,
kerna guru adalah pembimbing terbaik,
sedangkan belajar sendiri,
akan menghadirkan guru syaiton.
pulanglah,
dalam sejahtera dan ketenangan,
andai benar itu yang kau cari,
carilah ia dengan iman,
bukan dengan main.
pulanglah,
kepada Tuhanmu,
kerna sungguh,
Dia Robbul Jalil,
mengerti kepayahan hamba-Nya,
kerna takkan Dia beri susah dan senang,
melainkan sesuai dengan kemampuanmu.
selamat menyambut Ramadhan AlMubaralk 1438h
astahgfirullah
wassalam
Ulasan
Catat Ulasan
terima kasih untuk komen dan ulasan anda... :D