pengalaman Viva
Assalamualaikum,
alhamdulillah, viva untuk projek tahun akhir aku dah lepas dan aku berjaya lakukannya. masyaAllah. Allah jua sebaik-baik pembantu, bersama-sama dengan doa mak ayah.
sedikit cerita nak dikongsi.
viva aku adalah pada 22/5/2017. dah habaq dah kat mak aku, yang aku tak balik pada sabtu ahad minggu tu. tup tup, tiba-tiba dapat panggilan suruh balik jua. hati masa tu, gundah gulana, persediaan tak rapi langsung, tiba-tiba kene balik juga. Ya Allah, remuk, risau, cuak berganda.
dalam keadaan hati yang cuak tu, baliklah jua aku ke rumah. balik kampung, pergi kenduri makcik buat. pergi teman kakak hantar popcorn meletop kat kakak sedara. aku relakan hati jua, walaupun sebenarnya rela dalam paksa.
hari ahad, sehari sebelum viva, aku minta untuk balik awal ke kolej. dan, aku sampai kolej dalam pukul 11.30 pagi macamtu. lepastu, buat 'assignment' Dr. bagi. dan tertidur. haha. cuak habis bila bangun dari tidur.
malam tu masih siapkan lagi slide untuk pembentangan viva sebab banyak lagi nak edit, betul-betulkan. sedang buat pembetulan slide, kawan-kawan serumah pulak bersemangat praktis atau mock viva sesama sendiri.
jeles, cemburu. semua ada. tapi apakan daya, kehidupan perlu diteruskan seperti biasa. alih-alih, aku praktis sorang pukul 4.00pagi pada 22/5/2017 tu, padahal viva pukul 10.15pagi. dan ya, aku tahu tak sepatutnya aku buat macamtu sebab badan perlu sihat dan segar untuk pembentangan esoknya. walaubagaimanapun, aku perlu juga buat persediaan akhir. kemudiannya, aku tidur dan alhamdulillah, Allah kejutkan aku untuk bangun awal dan aku buat persediaan paling akhir sebelum ke viva.
dan paling penting, aku telefon mak aku dulu pagi tu, minta doa.
tiba jam 10.15 pagi, aku pun buat pembentangan viva segala, dan alhamdulillah, syukur pada Allah, Prof puji, pembentangan yang bagus. hati mana yang tidak gembira atas pujian itu. kemudiannya, Allah jua permudahkan aku untuk urusan menjawab soalan viva daripada pensyarah. MasyaAllah, Subahanallah. semuanya Allah permudahkan.
kat sini, aku nak bagitau satu benda, selain daripada persediaan yang rapi untuk pembentangan, tapi ikut cakap mak ayah, inshaAllah Allah akan permudahkan sebab apa? sebab redha Allah terletak pada redha mak ayah.
mungkin perkara ini, ramai orang pandang enteng tapi sebenarnya memberi makna besar dalam kehidupan secara tidak langsung.
aku suka nak ambil satu contoh, kisah Almarhum Tuan Guru Nik Aziz...
pernah suatu hari, mak beliau minta untuk beliau melawat adiknya di satu kawasan yang jauh dari perumahan beliau, dah lah waktu malam pula tu. tapi kerana itu adalah mak yang berkata, maka beliau turutkan jua.
kalau kau dan aku, bagaimana pula, kan? dalam diam, setiap perkara yang aku dan kau buat, bila menyenangkan hati mak ayah, inshaAllah ada jalan kemudahan dan kesenangan di hari depan.
aku tidaklah pandai berbicara, namun aku hanya suka berkongsi cerita. semoga kau beroleh manfaat.
dan, doakan aku dapat habiskan menulis tesis dengan jayanya, aamiin.
lepas ni, nak buat apa? masih berfikir jua.
semoga beroleh manfaat
selamat menyambut Ramadhan AlMubarak 1438h
astaghfirullah
wassalam
Alhamdulillah dah selesai dah ya.. Kak Ti pulak InsyaAllah akan viva hujung bulan ni.. selagi tak selesai selagi tulah hati berdebar-debar je..
BalasPadam