berhati-hati dengan ipar duai



Image result for ipar bukan mahram
(kredit kepada nurulhayatku)

bercerita ustaz semalam, semasa kuliah di hari pertama solat sunat tarawih diadakan. 
beliau bercerita tentang ipar duai. dikhabarkannya, di dalam sebuah kitab arab, ada diceritakan kenapa ipar duai ini paling binasa andai tidak dijaga batas pergaulan. ipar duai adalah mereka yang paling tidak diragui kerana menganggap mereka jua satu keluarga.

Kisah bermula begini,  
seorang lelaki bernama Zaid (bkn nama sbnr) ada adik bernama Ubai (bukan nama sebenar). Zaid in sudah berkahwin dan duduk di bandar sedangkan keluarganya duduk di kampung. selang beberapa tahun, Ubai berjaya masuk ke universiti, kemudian, ibu Zaid meminta kepada Zaid supaya Ubai boleh tumpang rumah Zaid sepanjang pengajiannya di universiti. namun, Zaid bantah pada awalnya, kerana dia sering keluar dari kawasan untuk urusan kerja sedangkan hanya ada isterinya sahaja dirumah. lalu, ibunya membantah dan bertanya padanya adakah dia meragui tentang adiknya sendiri. Zaid mengalah dan menerima untuk Ubai tinggal bersama. 

Selepas 5 tahun berkahwin, Zaid dikurniakan 3 cahaya mata. pada suatu hari, pulang sahaja Zaid dari tempat kerja, dia ternampak seorang perempuan yang sarat mengandung, dia pada awalnya tidak ingin membantu, namun hatinya tidak sampai hati, maka dia membantu wanita tadi ke hospital. dan dia berkata pada dirinya yang dia akan pulang sebaik sahaja urusan wanita ini bersalin selesai. 

selesai sahaja wanita ini bersalin, tiba-tiba dia menuduh Si Zaid. katanya, " Wahai Tuan Doktor, dialah lelaki yang telah mengandungkan saya dan membawa saya ke hospital, lalu ingin mengambil bayi saya," 

pihak hospital tidak pantas mempercayai apa yang dikatakan oleh wanita itu tadi. lalu pihak hospital memanggil pihak polis untuk siasatan lanjutan. setibanya Zaid di balai polis, dia bercerita dari awal hingga akhir tentang apa yang berlaku. pihak polis jua tidak mahu mengambil kesimpulan pantas, lalu meminta Zaid untuk melakukan ujian darah. Zaid akur dan melakukan ujian darah bersama dengan bayi wanita itu tadi. alhasilnya, bayi itu ternyata bukan anak lelaki itu. 

kemudian, tuan doktor memanggil Zaid dan bertanya kepadanya, "tuan, tuan ada keluarga?" Zaid menjawab, "ya, ada. seorang isteri bersama 3 orang anak." tuan doktor menjadi hairan dan meminta Zaid memanggil ahli keluarganya datang ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. bila dilakukan pemeriksaan ke atas keluarga Zaid, tuan doktor jadi lagi hairan dan berkata, "wahai Zaid, kau ada satu penyakit misteri. boleh saya tahu siapa lagi yang tinggal di rumah tuan?" Zaid berkata, "ada lagi seorang, adik saya, Ubaid." "baik, panggil dia kemari," kata tuan doktor. setelah pemeriksaan dijalankan, tuan doktor berkata kepada Zaid, "wahai Zaid, bertabahlah atas berita yang akan aku khabarkan ini. sesungguhnya ketiga-tiga anak itu bukanlah anak engkau," Zaid menjadi berang dan marah kerana dia melihat sendiri isterinya mengandung dan bersalin. tambah tuan doktor, "Zaid, engkau sebenarnya mempunyai penyakit mandul. dan ternyata ketiga-tiga anak ini bukanlah anak engkau tetapi anak adik engkau, Ubaid." 

maka, 

Dari ‘Uqbah bin ‘Amir radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِيَّاكُمْ وَالدُّخُولَ عَلَى النِّسَاءِ فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ الأَنْصَارِ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفَرَأَيْتَ الْحَمْوَ . قَالَ الْحَمْوُ الْمَوْتُ
Berhati-hatilah kalian masuk menemui wanita.” Lalu seorang laki-laki Anshar berkata, “Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat Anda mengenai ipar?” Beliau menjawab, “Hamwu (ipar)adalah maut.” (HR. Bukhari no. 5232 dan Muslim no. 2172)

Apa yang dimaksud hamwu adalah maut?

Hamwu yang dimaksud dalam hadits bukan hanya ipar saja namun setiap kerabat yang bukan mahram.Yang dimaksud dengan maut di sini yaitu berhubungan dengan keluarga dekat isteri yang bukan mahram perlu ekstra hati-hati dibanding dengan yang lain. Karena dengan mereka seringkali bertemu dan tidak ada yang bisa menyangka bahwa perbuatan yang mengantarkan pada zina atau zina yang keji itu sendiri bisa terjadi. Kita pun pernah mendapatkan berita-berita semacam itu.
Hadits di atas juga mengajarkan larangan berdua-duaan dengan wanita yang bukan mahram. Karena dalam hadits sudah disebutkan pula,
لاَ يَخْلُوَنَّ أَحَدُكُمْ بِامْرَأَةٍ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ ثَالِثُهُمَا
Janganlah salah seorang di antara kalian berdua-duaan dengan seorang wanita (yang bukan mahramnya) karena setan adalah orang ketiganya.” (HR. Ahmad 1: 18. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini shahih, para perowinya tsiqoh sesuai syarat Bukhari-Muslim).
Namun jika bersama wanita itu ada wanita lain atau terdapat mahramnya, maka jadilah hilang maksud yang dilarang. Ini berlaku untuk pergaulan dengan yang bukan mahram.Sumber: https://muslim.or.id/21385-ipar-itu-maut.html
kenali mahram dan bukan mahram supaya dapat menjaga semuanya dan sejahtera. aamiin. 
kisah tadi tidak mengikut dialog asal sepenuhnya sebab tak ingat sangat tapi jalan cerita sama.

semoga Allah jaga kita. 

astaghfirullah
wassalam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kelebihan zikir Ya Latif

Perlukah mutabaah amal?