Jumaat, September 29, 2017

apakah bank-kuasa (powerbank) kita?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bank-kuasa (powerbank) adalah antara alat yang penting buat para pemilik telefon pintar dan telefon bimbit. ye kan? lalu, apa iktibar yang kita boleh ambil daripada kewujudan bank-kuasa ini?

Bank-kuasa ini diperlukan bila telefon bimbit kita dah nyawa-nyawa ikan baterinya seperti hidup segan mati takmahu. bila kita tiada bank-kuasa ini, kita akan seboleh-bolehnya mencari sehingga jumpa, pinjam orang punya pun tak apalah, asalkan telefon bimbit terus hidup. kan?

begitulah perumpaannya untuk Al-Quran. Al-Quran ini kita perlukan sentiasa untuk mengurangkan kelayuan kelesuan dan kepenatan hati dan iman seperti nyawa-nyawa ikan. sebab itu, amat dianjurkan untuk sentiasa mengaji dan membaca Al-Quran, setiap hari, takkisahlah berapa banyak mukasurat yang nak dibaca, yang penting baca. tambah sikit-sikit dan baca maksudnya pula. belajar pula tafsirnya, biar kuat rasa memerlukan bank-kuasa. takperlu mencari hanya bila perlu sebab kita sememangnya perlukan dia untuk menjadi manual kita, penenang hati,penerang di kubur dan pemberi syafaat di akhirat nanti.

terlalu banyak fadhilat Al-Quran. ganjaran yang tiada tandingan. banyak hadits yang menyebut akannya; antaranya :



Dari shahabat Abu Umamah Al-Bahili radhiallahu ‘anhu : Saya mendengar Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

« اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِه »


“Bacalah oleh kalian Al-Qur`an. Karena ia (Al-Qur`an) akan datang pada Hari Kiamat kelak sebagai pemberi syafa’at bagi orang-orang yang rajin membacanya.” [HR. Muslim 804]
fadhilat yang selebihnya boleh dirujuk di pautan yang disertakan,

http://kitabtalimfadhilahamal.blogspot.my/2013/01/empat-puluh-hadits-tentang-fadhilah-al_7414.html

http://www.rahmanbashri.com/2012/08/ayat-al-quran-dan-hadis-tentang.html

semoga dengan perkongsian yang sedikit ini dapat sama-sama ambil iktibar dan terus berusaha menjadi mukmin soleh. 


namun berapa ramai yang benar-benar ambil iktibar akan sekelilingnya?
astagfirullah
wasssalm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih untuk komen dan ulasan anda... :D