Rabu, September 13, 2017

Sahabat

Image result for sahabat iman'

Assalamualaikum dan selamat sejatera.

Nikmat hidup adalah antara nikmat yang berharga sebab Allah terus-menerus nak bagi kau dan aku buat pahala.

Salah satu nikmat kehidupan adalah pabila ada sahabat yang sentiasa mendoakan kebaikan, kesihatan dan kesejahteraan diri kita. Hargailah sahabat begini dan sentiasa minta mereka doakan kau kerna kau dan aku taktahu doa siapa yang Allah terima, ye dak?
Tambahan pula, sahabat seperti ini juga merupakan sahabat yang sentiasa mengingatkan kau tentang jalan kebaikan mencapai taqwa menuju syurga. sikit-sikit tapi sama-sama. takpernah tinggalkan kau dan biarkan kau dalam lembah kegelapan dosa.

cumanya satu, kau kena sentiasa berdoa jua supaya Allah terus menghadirkan kau sahabat begini dan terus kekal dalam suasana yang baik. Dan berdoa Allah takpernah meninggalkan kau walaupun kau kerap kali jatuh dalam kemaksiatan yang entah ke-berapa ratus kali.

hanya sahabat yang nak bersama dengan kau untuk menuju taqwa dan jalan berliku keimanan, akan berusaha menarik engkau ke jalan Tuhan. Para Pencari Tuhan.
Allahumma aamiin.

semoga jumpa sahabat yang baik dan semoga terus menjadi sahabat yang baik.
astaghfirullah
wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih untuk komen dan ulasan anda... :D