Lepak di D'Qnut Chalet

Image result for d qnut

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari Raya Qurban haritu dari 1/9-3/9/2017, Allah beri rezeki buat kedua ibubapa aku, untuk sekeluarga bercuti di Kuala Sungai Baru Melaka. Alhamdulillah, Allah bagi.

Tempat yang dipilih adalah D'Qnut Chalet. Alhamdulillah tempat yang cantik dan damai sebab berdepan dengan laut. syok dan menarik.

Fasiliti yang ada pun ok sebab pihak chalet ada sediakan makanan sekali (dalam pakej). ada sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Makanan boleh tambah-tambah. ahaha. Jadi, takperlu risau, inshaAllah takkelaparan. hewhew.

Chalet ni, sebelum nak sampai tu, korang akan lalu kawasan kelapa sawit dulu. Jadi untuk pertama kali nak datang tu, jangan terkejut sebab korang kena lalu kawasan tu.

Untuk ruangan bilik, pihak chalet ada sediakan dua jenis bilik samada bilik untuk dua orang atau bilik keluarga. bilik untuk dua orang tu pula ada dua jenis, iaitu
(1) tandas yang kena turun guna tangga; atau
(2) tandas yang sama paras tinggi dengan bilik.
Tambahan pula, bilik untuk dua orang ini, boleh untuk korang masuk 3 orang (maksima) tapi pastikan bawa toto dan bantal sendiri.

bilik (1) ni menghadap kearah laut manakala bilik (2) dan bilik keluarga menghadap ke arah taman. juga, bilik keluarga ni kena naik tangga sebab biliknya aras atas.

Kalau datang dengan nenek, mintaklah bilik (2).

Alhamdulillah semuanya ok dan baik-baik saja. Tuan punya chalet iaitu Encik Zaidi pun baik orangnya. Di chalet ini, aku taknampaklah pula ada orang perempuan pekerjanya, cuma ada orang lelaki sahaja. Tukang masak pun lelaki jua. hoho.

Sekian sedikit coretan aku tentang chalet ini. Jadi, kalau korang nak tempah chalet dan nak tahu butiran harga, bolehlah terus hubungi Encik Zaidi di 60 12-244 7408. Ataupun nak tengok-tengok dulu bagaimana chalet ini, silakan ke http://dqnutchalet.blogspot.my/

wallahu'alam
astaghfirullah
wassalam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perlukah mutabaah amal?

Kelebihan zikir Ya Latif

Ghurur : Terpedaya