Catatan

senyumlah...

Imej
assalamualaikum... buatmu, sahabatku, temanku, kawanku yang berada di luar sana... senyumlah... aku suka melihat kamu tersenyum dan riang gembira... kerana dengan senyumanmu, aku akan tersenyum juga disini... tidak mengapa kau tidak mengetahui senyumanku kerana yang penting senyumanmu *tanda kamu bahagia*... maka, senyumlah selalu wahai teman... ^.^... sesungguhnya aku gusar melihat kamu bersedih kerana hatiku akan tertanya, :"kenapa dengan dia ni? apa masalah dia?" tapi maafkan aku sekiranya aku tak dapat menolong kamu melainkan hanya berdoa daripada jauh... aku insan yang lemah wahai kawan, ingatlah, ALLAH berfirman di dalam kalam-NYA, " Iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram."  (Surah ar-Ra'd, ayat 28)    ketahuilah, senyuman yang benar2 senyuman ialah senyuman yang apabila hatinya tenang dengan mengingati ALLAH kerana kadan...

HARI KASIH SAYANG SEDUNIA ITU ADAKAH MILIK 14 FEB SHJ?

Imej
assalamualaikum... lama dah saya tak post...  berhabuk dah blog ni. ok, terus kepada tajuk, hari ni, saya nak cerita tentang MAULIDURRASUL... kenapa hari kasih sayang sedunia? sebab, Rasulullah, mengajarkan kita kasih sayang. dan lagi satu, kan ni bulan dua dan ada valentine's day. maka untuk menggantikan hari yg tersebut, kita menjadikan kelahiran nabi ini sebagai hari kasih sayang kerana dengan lahirnya baginda, kasih sayang itukan mula berputik semula setelah lamanya masyarakat arab dalam jahiliyyah. hajat saya sebenarnya nak berkongsi dengan anda yang membaca satu benda ni... haritu, (ahad /5 feb 2012) saya pergi ke kuliah dhuha, di surau Al-Huda (surau taman saya). tazkirah disampaikan oleh ustazah Suraya Mohamad.ustz ni membawa satu ayat al-quran, (saya pun tak pasti ayat berapa, jika anda yg membaca, tahu ayat mana, maklumkan, jazakillah)... ayatnya ialah: "sesungguhnya ALLAH dan para malaikatjuga berselawat ke atas NABI SAW, wahai orang2 yg beriman, bers...

bicara hati...

Imej
assalamualaikum... sebenarnya tajuk hari ni nak sambung sikit daripada tajuk CINTA haritu.. .saya bukanlah seorang yang hebat untuk menasihati anda yang membaca, cuma sebagai satu perkongsian bersama... boleh kita bertukar2 pendapat. haritu, dalam kelas. subjek PSI (Pendidikan Syariah ISLAM) tentang bab perkahwinan. habis belajar, ada sesi soalan. kawan saya tanya, "ada ke couple islam?" cikgu pun bagi pendapat cikgu dan minta pendapat pelajar... cikgu pilih je sesape yang cikgu nak dan ada sorang budak lelaki ni, dia nak bagi pendapat, tapi dia rasa sukar, nak nangis tampaknya... apa yang saya ingat dia cakap, "bila ternampak wajah orang tu , hati rasa tenang. " saya terus terfikir, 'hati dia tenang? hati aku gelisah.' ok, pusing2, tibalah masa pelajar perempuan, salah seorangnya sayalah tu. pendapat saya, "setiap orang ada perasaan..... minta pada ALLAH, kawan-kawan, ustazah, ibu ayah, tolong kawal hati.... dengar lagu DOA SE...

takde ketamadunan???

Imej
salam... lama sudah ya, saya tak meng-'update' blog... -ketamadunan- *gambar hiasan* terus kepada tajuk.. ha a. . . takde ketamadunan??? m aaf, jika bahasa kasar. sebelum apa-apa, mari kita teliti apakah maksud tamadun daripada pandangan barat dan ISLAM. Secara amnya, tamadun boleh dimaksudkan dengan: Madain atau mudun atau madana bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Perkataan civilisation pula berasal dari Greek civitas bermakna bandar. Maksud tamadun dari sudut Barat: tamadun pembangunan lahirah spt dalam aspek kebudayaan – penulisan undang-undang, kesenian dan perbandaran. Pencapaian lahiriah ialah penentu kemajuan dalam sesebuah masyarakat. Pembangunan lahiriah pula ialah proses perkembangan tamadun secara luaran sahaja Manakala maksud tamadun dari sudut Islam: meliputi pembangunan lahiriah dan rohaniah seperti pandangan Ibn Khaldun yang melihat dari aspek kehidupan bandar. Manakala Syed Naquib al-Attas menegaskan pencapaian tahap tatasus...

jadikan terbaik!

Imej
"HIDUP KITA PADA HARI INI BUKAN UNTUK SERING MENGINGATI PERKARA NEGATIF YANG LAMPAU KERANA ITU AKAN MELEMAHKAN DIRI, GUNAKANNYA UNTUK MUHASABAH KERANA ITU AKAN MOTIVASIKAN DIRI UNTUK JADI LEBIH BAIK DARI SEMALAM.  DAN  HIDUP KITA HARI INI BUKAN HANYA UNTUK INGAT KEJAYAAN YANG LEPAS KERANA SESUGGUHNYA TANPA DISEDARI KITA MAKIN MENGHAMPIRI MATI."

Cinta...

Imej
hati yang kenal Tuhan, cahayanya begini. bagaimana hati-hati kita? assalamualaikum... apa khabar teman-teman sekalian? saya alhamdulillah masih diberi nikmat iman dan islam itu untuk mengharungi hari ini. tajuk saya kali ini mungkin sudah biasa dibaca oleh anda, namun apa yang saya katakan, bahawasanya, walaupun sudah ramai yang mengetahuinya, tetap masih ramai juga yang gagal benar-benar faham akannya. CINTA. apa itu cinta.? cinta adalah satu perasaan kasih sayang yang wujud dalam hati seseorang terhadap seseorang. benar? justeru apabila wujud kasih sayang, apakah telah benar-benar meletakkan kasih sayang pada yang sebetulnya? ok, kasih sayang pada ALLAH dan RASULALLAH itu mungkin susah nak digapai. sebab apa? sebab tak nampak fizikal-NYA, kan gitu? kasih sayang pada ibu ayah juga susah nak diselami kalau tak hayatinya, hanya dapat dihayati bila sudah kehilangan. kan? kasih sayang berlainan jantina mudah nak dirasai, kerana apa? mungkin kerana umur sebaya dan merasak...