Catatan

awlawiyat kita

Imej
kata Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna, "Al-wajibat ak-tsaru minal auqaat" maksudnya,  "kerja-kerja lebih banyak daripada masa yang ada" kau kata, "alaa, tak cukup masa." kau bilang, "hmm... aku bizilah" tapi hakikatnya, di waktu senggang,  kau dahulukan minat mu. di waktu lapang,  kau dahulukan hobi mu. maka, bagaimana mungkin,  untuk yang aula itu siap dahulu? kerana kau dahulukan yang tidak aula langsung.! lantas, bila orang bertanya,  "eh, dah siap kerja?" "eh, dah stadi ke?" "eh, dah buat lab repot?" lantas, kau dengan mudahnya menjawab, "alaa... aku tak sempat lagi nak buat." aku hairan, kau jadi bingung, kau jadi tertekan, kau jadi serabut, kelam kabut, disebabkan kerja-kerja mu yang tertangguh itu. namun, yang harus ditangguhkan itu, tidak kau tangguh. malah, yang perlu didahulukan, kau tak dahulukan. tiba-tiba, ...

datanglah bila tiba masa.

Nafas panjang ku hela , Bila di ajak berbicara tentang itu ,  aku ,  ketandusan idea , fikiranku jadi gersang , Bukan menolak , atau apa , Jiwaku ,  seakan mati  ,  bila di ajak berbicara tentang indahnya bunga-bunga cinta , Jiwaku ,  seakan mati ,  bila bertemu dengan orang-orang yang ghairah bercakap tentang cinta , Lidah jadi berat ,  hati malas melihat . Bukannya apa ,  aku . takut .  saat hati membenarkan terlihatnya cinta .  saat hati membenarkan di sentuh , aku tewas .  hatiku berzina . sedangkan ,  Tuhan melihatku ,  Tuhan menumpahkan cintaNya pada seketul daging ini . Hati . Benar ,  aku juga punya keinginan ,  namun belum masanya ,  aulanya ,bukan pada 'itu' , Aku ,  sudah menetapkan ,  Cinta ini harus berlagu yang bagaimana , asal tak menjauh dari redhaNya ,  asal tak menggugah juang ini , kepada si dia ,...

Kesan Ibadat dalam diri insan

Imej
Assalamualaikum. Murabbiku berpesan tentang kesannya ibadat dalam diri kita.  Dalam tafsirnya Mukhtasar Ibnu Katsir, As Shabouni menjelaskan tentang pengertian al Ibadah sebagai : هي ما يجمع كمال المحبة والخضوع والخوف " Apa sahaja ( samaada perlakuan hati, perkataan dan perbuatan ) yang menghimpunkan kesempurnaan kecintaan, ketundukan dan ketakutan ( kepada Allah ). " Justeru, istiqamah dalam ibadahmembawa kesan yang besar dalam diri seorang muslim pada hatinya..pada tutur katanya dan juga tingkah laku perlakuan hidupnya. Firman Allah ta'ala : مُّحَمَّدٌ رَّسُولُ اللَّـهِ ۚ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ ۖ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِّنَ اللَّـهِ وَرِضْوَانًا ۖ سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِم مِّنْ أَثَرِ السُّجُودِ ۚ ذَٰلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ ۚ وَمَثَلُهُمْ فِي الْإِنجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَىٰ عَلَىٰ سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّ...

kau katakan nanti...?

seruan lima waktu . adakah kita menepatinya. atau kita culas.  sungguh Allah maha melihat dan maha mengetahui. Ayuh! perbaiki diri.  semoga diberkati dan diredhai. terdengar suara azan tinggalkan semua urusan  ayuh-ayuh mari teman laksanakan perintah TUHAN namun kau katakan nanti nanti sekejap lagi kau sering katakan tunggu atau pergi dahulu bergema alunan azan puji kebesaran TUHAN ayuh-ayuh semua insan mari menuju kejayaan namun katamu tiada waktu  biar saja berlalu dibuai helah duniamu seakan tak bersyukur manusia terlena dalam mimpi indah cinta dunia yang fana' hanya sementara manusia terlupa janji pada TUHANnya tajuk : seruan lima waktu oleh : Mirwana astaghfirullah, wallahu'alam. saya pun masih belajar dan banyak dosanya. moga bermanfaat buat anda-anda yang coolio semua. :) fi amanillah.

mana bantuannya?

Imej
assalamualaikum. ini berita gempar. jam 3 petang. dalam suasana hiruk pikuk Kuala Lumpur.  seorang anak dan dua ibu bapa nya ingin melintas jalan seusai penat berjalan-jalan di shopping mall ternama Kuala Lumpur, SOGO.  anak itu anak yang sangat aktif dan amat hiper. suka sangat berlari-lari dan penat kedua ibu ayahnya mengejar. sedangkan kedua ibubapanya tadi semakin mencecah ke usia tua. namun dek kerna sayangkan anaknya yang satu ini, mereka pun memanggilnya dengan nada sayang dan kasih, "anak, jangan lari, penat mau kejar kamu." si anak, pusing belakang melihat ibu bapanya dan tersenyum2. tapi kalini bukan berlari tapi hanya berjalan laju. dan alhamdulillah, si ibu bapanya dapat mengejar anaknya dan kedua mereka menggenggam tangan anaknya di sisi jalan dan berkata,  "lain kali jangan berlari dan jangan juga jalan laju, pegang tangan kami dan jalan seiring , sejalan dan sehaluan dengan ma dan pa." si anak senyum dan angguk2 riang. iyala...

apa yang kau bawa?

Imej
assalamualaikum. bismillah walhamdulillah. dapat juga untuk menulis lagi dan Allah masih memberi waktu untuk terus hidup untuk menikmati udara segar ini. apa yang cuba untuk kau bawa..? topik yang aku cuba nak goreng k. goreng. makanya kalau hangus maaflah ye. panaskan minyak. nak goreng dah ni. ==" adakah kita ini,  menyumbang kepada naiknya daulah Islam ini..? atau, menyumbang kepada tersekatnya/terlambatnya naik daulah Islam..? hidup atas muka bumi ini. semua orang maklum akan tugas mereka. beribadah (51:56) dan menjadi khalifah (2:30) . maklum memang maklum namun sejauh mana aplikasi terhadap dua perkara penting ini bergantung kepada pemahaman seseorang tentang dua hal ini. sungguh, kalau tak faham akan kepentingannya malah tidak berusaha untuk mengetahuinya, maka memang tak akan pernah untuk tahu dan faham dengan lebih dalam. sebab itu, bilamana ada sebahagian orang yang tidak berapa memahami akan kedua-dua tuntutan ini maka wujudnya golongan2 y...

kongsi-kongsi

Imej
assalamualaikum...  pehabaq iman dan fizikal anda-anda yang ku sayangi kerna ALLAH sekalian? semua orang ada tips yang nak dikongsi bersama kan? jadi, meh nak kongsi sikit. moga bermanfaatlah apa yang nak dikongsikan ni. aku ni pun baru belajar je, jadi marilah kita berkongsi. ehem, ehem.  mula-mula, cenggini. ramai gak orang yang suka bertanya2 kat aku yang lemah lagi hina ni, "erm , tips belajar ada?" "cemana ek nak fokus belajar?" Allahu~~~ mula-mula aku diajukan soalan cenggini, aku pun taktau cane nak jawab weyh! siyes! *terus kedu  dan peluh-peluh (ok, hiperbola!) * sebenarnya, ada banyak cara sebab semuanya bergantung kat tuan punya dirilah nak wat cane kan? ni cara aku, meh kongsi. :) pertama, sebelum nak pi kelas, adalah digalakkan amik wudhu'. moga dapatlah sentiasa dlm keberkatan. insha ALLAH. yang seterusnya nih, aku ikut ranking k? Allah berfirman dalam kalam-Nya, "dan apabila hamba2-KU bertanya kpdmu (Muhammad) tentangKu, maka se...