Catatan

Rahmat Ujian

Imej
Rahmat Ujian Album : Layar Keinsafan Munsyid : Mestica Dalam derita ada bahagia Dalam gembira mungkin terselit duka Tak siapa tahu Tak siapa pinta ujian bertamu Bibir mudah mengucap sabar Tapi hatilah yang remuk menderita Insan memandang Mempunyai berbagai tafsiran Segala takdir Terimalah dengan hati yang terbuka Walau terseksa ada hikmahnya c/o Harus ada rasa bersyukur Di setiap kali ujian menjelma Itu jelasnya membuktikan Allah mengasihimu setiap masa Diuji tahap keimanan Sedangkan ramai terbiar dilalaikan Hanya yang terpilih sahaja Antara berjuta mendapat rahmatNya Allah rindu mendengarkan Rintihanmu berpanjangan Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi c/o Segala takdir Terimalah dengan hati yang terbuka Walau terseksa ada hikmahnya repeat c/o 2x Allah rindu mendengarkan Rintihanmu berpanjangan Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi Segala ujian diberi Maka bersyukurlah selalu sumber :  http://liriknasyid.com/index.php/lirik/detail/1730/mestica-rahmat-ujian.html ...

Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan?

Imej
“syukur untuk nikmatmu, bukan tangisi masalahmu.” “count your blessings, not your problems.” Ayat ini mudah bukan? Bersyukur dengan nikmat yang diberi. Tapi apa takrifan nikmat dalam kehidupan seharian kita? Nikmat yang bagaimanakah yang kita sentiasa nampak sebagai suatu nikmat?  Hadis nabi ada menyebut, dua nikmat yang orang sering lalaikan adalah nikmat sihat dan nikmat masa lapang. Dari Ibnu Abbas, dia berkata Nabi SAW bersabda : "Dua kenikmatan, kebanyakan manusia tertipu pada keduanya, (iaitu) kesihatan dan waktu lapang." [HR Bukhari, no. 5933] Betul. Sangat betul. Bila dah terlanjur guna masa lapang tu, baru nak sedar diri. Haha. Baru nak rasa menyesal. Padahal masa nikmat tu hadir, takde pulak nak bebetul guna , nak bahagi masa baik-baik. Selain tu, antara lain nikmat adalah, Nikmat iman dan islam  (paling besar sebenanrnya tapi kita selalu terlepas pandang, astaghfirullah.) Nikmat ada ibu ayah Nikmat ada adik-...

Tart Nenas dan Kek Lapis

Imej
Aku masih ingat bila pertama kali aku dan kawan-kawan dimaklumkan tentang kewujudan 'tart nenas team'. nampak kelakar bukan namanya? tapi ada misi di sebaliknya.  aku dan kawan-kawan bercadang untuk menggantikan nama tart nenas kepada kek lapis. sebab ya lah, tart nenas itu orang punya. jadi, kita tukar pada kek lapis.  aku dan kawan-kawan menantikan rancangan dari mereka yang berpengalaman, sebab kata mereka, kami yang baru ini banyak yang tidak tahu, jadi tunggu sahaja arahan mereka.  alih-alih, tunggu punya tunggu, tiada apa.  kemudiannya, bila bertanya lagi, jawapan masih sama.  baiklah. aku dan kawan-kawan tidak lagi mahu mengharapkan mereka yang berpengalaman sebab pada pemerhatian aku, sampai bila perlu untuk kita mengharapkan mereka.  maka, kami memulakan satu langkah. dari langkah yang pertama itu, kami perlahan-lahan menuju dari satu puncak ke satu puncak. betul, langkah dan usaha kami ini tidak banyak hasilnya. namun, kami a...

terima kasih.

Imej
Pengalaman bersama. Kenangan pahit manis. Semua aku pahatkan dalam ingatan yang kecil ini.  Banyak yang aku pelajari dari dirimu. Banyak yang dirimu ajari aku.  Tanpa perjumpaan yang ditentukan Allah Azza Wa Jal ini, mana mungkin aku mengenali dirimu.  mana mungkin ilmu-ilmu persuratan yang lebih lengkap dapat aku pelajari. mana mungkin cara-cara bertenang menghadapi orang pelbagai perangai dapat aku ketahui.  sungguh, hikmah Allah temukan dirimu dengan aku.  Pada mulanya, aku bertemu denganmu,  aku katakan susah dan payah kerana dirimu ada cara tersendiri untuk membuat suatu perkara. lelah dan lemah juga untuk aku memahami caramu.  namun, Allah permudahkan semuanya untuk aku belajar dan memahami sikit demi sikit,  akan makna mengenalimu.  terima kasih untuk pengajaran satu sesi.  pengajaran untuk bersabar, untuk menjadi tenang, untuk menegur dengan berhemah, untuk tetap pada pendiri...

Perlukah mutabaah amal?

Imej
Mutabaah amal.  Kata mutaaba’ah berasal dari kata taaba’a. Kata ini memiliki beberapa pengertian. Di antaranya, tatabba’a (mengikuti) dan raaqaba’ (mengawasi). Dengan demikian, kata mutaaba’ah bererti pengikutan dan pengawasan. Yang dimaksud dengan mutaaba’ah sebenarnya adalah mengikuti dan mengawasi sebuah program agar berjalan sesuai dengan yang direncanakan.(1)   oleh itu, mutabaah amal adalah mengawasi amalan dan mengikuti program amalan yang telah digariskan, samada oleh diri sendiri atau usrah yang diikuti, atau keluarga sendiri yang merencanakannya ataupun program/buku yang memberi cadangan mutabaah amal tersebut.  kenapa perlu kepada mutabaah amal? pada pandangan aku yang lemah lagi jahil ni, mutabaah amal ini bantu untuk kau dan aku terus berusaha buat amal baik yang mana perkara-perkara sunnah yang sering kali diabaikan oleh diri kau dan aku. tampak hal ini seperti remeh temeh, tapi biasalah hal yang remeh, hal yang...

Apa yang kamu suka dari dunia ini?

Imej
🌟PERKONGSIAN🌟 Pada suatu hari Rasulullah SAW duduk bersama sahabatnya dan bertanya kepada mereka. bermula di tanyakan kepada Saidina Abu Bakar: "apa yg kamu suka dari dunia ini?" dan berkatalah Saidina Abu Bakar ra "aku suka dari dunia ini 3 perkara: 1.duduk2 bersama Rasulullah SAW 2.melihat wajahmu Rasulullah SAW 3.aku korbankan hartaku untukmu ya Rasulullah SAW" lalu Rasulullah SAW bertanya dengan Saidina Umar ra. "bagaimana pula denganmu ya Umar?" jawab Saidina Umar ra. "ada 3 perkara juga yang aku suka: 1.membuat kebaikan walaupun dalam keadaan manusia tidak mengetahuinya. 2.mencegah kemungkaran wlaupun dalam keadaan terang-terangan 3.berkata yg benar walaupun pahit" "dan bagaimana pula denganmu wahai Uthman?" berkata Saidina Uthman ra. "ada 3 perkara yang aku suka: 1.memberi makan 2.memberi salam 3.bersolat malam di waktu manusia tidur" "bagaimana pula dengan kamu wahai Ali ra ?...

Having pure intention

Imej
If you are unable to perform an action, then at least you must carry in your heart a truthful intention for Allah. Every time you leave your house, make your only concern Allah. For the Imam's and the khateebs (for Friday sermons), the lectures and the teachers, their falls on them (a test) that doesn't falls on anyone else.  Do not mount a pulpit so that the people can say "how knowledgeable is so and so." rather, mount the pulpit to increase the love of the people for Allah SWT. Don't go to the masjeed hoping that the Imam is not there so that you can lead and take his place. rather go to the masjeed with the intention of having your sins erased through your prayers. Do not go to visit parents so that you can simply get this chore over and done with and you can go to your next appoinment rather visit them whilst contemplating the verse of Allah, and lower to them the wing of humility out of mercy and say, "My Lord, have mercy upon them as they ...