Catatan

mana bantuannya?

Imej
assalamualaikum. ini berita gempar. jam 3 petang. dalam suasana hiruk pikuk Kuala Lumpur.  seorang anak dan dua ibu bapa nya ingin melintas jalan seusai penat berjalan-jalan di shopping mall ternama Kuala Lumpur, SOGO.  anak itu anak yang sangat aktif dan amat hiper. suka sangat berlari-lari dan penat kedua ibu ayahnya mengejar. sedangkan kedua ibubapanya tadi semakin mencecah ke usia tua. namun dek kerna sayangkan anaknya yang satu ini, mereka pun memanggilnya dengan nada sayang dan kasih, "anak, jangan lari, penat mau kejar kamu." si anak, pusing belakang melihat ibu bapanya dan tersenyum2. tapi kalini bukan berlari tapi hanya berjalan laju. dan alhamdulillah, si ibu bapanya dapat mengejar anaknya dan kedua mereka menggenggam tangan anaknya di sisi jalan dan berkata,  "lain kali jangan berlari dan jangan juga jalan laju, pegang tangan kami dan jalan seiring , sejalan dan sehaluan dengan ma dan pa." si anak senyum dan angguk2 riang. iyala...

apa yang kau bawa?

Imej
assalamualaikum. bismillah walhamdulillah. dapat juga untuk menulis lagi dan Allah masih memberi waktu untuk terus hidup untuk menikmati udara segar ini. apa yang cuba untuk kau bawa..? topik yang aku cuba nak goreng k. goreng. makanya kalau hangus maaflah ye. panaskan minyak. nak goreng dah ni. ==" adakah kita ini,  menyumbang kepada naiknya daulah Islam ini..? atau, menyumbang kepada tersekatnya/terlambatnya naik daulah Islam..? hidup atas muka bumi ini. semua orang maklum akan tugas mereka. beribadah (51:56) dan menjadi khalifah (2:30) . maklum memang maklum namun sejauh mana aplikasi terhadap dua perkara penting ini bergantung kepada pemahaman seseorang tentang dua hal ini. sungguh, kalau tak faham akan kepentingannya malah tidak berusaha untuk mengetahuinya, maka memang tak akan pernah untuk tahu dan faham dengan lebih dalam. sebab itu, bilamana ada sebahagian orang yang tidak berapa memahami akan kedua-dua tuntutan ini maka wujudnya golongan2 y...

kongsi-kongsi

Imej
assalamualaikum...  pehabaq iman dan fizikal anda-anda yang ku sayangi kerna ALLAH sekalian? semua orang ada tips yang nak dikongsi bersama kan? jadi, meh nak kongsi sikit. moga bermanfaatlah apa yang nak dikongsikan ni. aku ni pun baru belajar je, jadi marilah kita berkongsi. ehem, ehem.  mula-mula, cenggini. ramai gak orang yang suka bertanya2 kat aku yang lemah lagi hina ni, "erm , tips belajar ada?" "cemana ek nak fokus belajar?" Allahu~~~ mula-mula aku diajukan soalan cenggini, aku pun taktau cane nak jawab weyh! siyes! *terus kedu  dan peluh-peluh (ok, hiperbola!) * sebenarnya, ada banyak cara sebab semuanya bergantung kat tuan punya dirilah nak wat cane kan? ni cara aku, meh kongsi. :) pertama, sebelum nak pi kelas, adalah digalakkan amik wudhu'. moga dapatlah sentiasa dlm keberkatan. insha ALLAH. yang seterusnya nih, aku ikut ranking k? Allah berfirman dalam kalam-Nya, "dan apabila hamba2-KU bertanya kpdmu (Muhammad) tentangKu, maka se...

aku hairan dengan mahasiswa

Imej
Aku hairan dengan mahasiswa. Diperjuangnya kebebasan  akademik, tapi culas ke kelas pengajian, malas ke majlis-majlis ilmu, buku-buku berhabuk atas rak, diskusi intelek jauh sekali, kata perjuang kebebasan suara, tapi dalam kelas senyap sunyi membatu? Aku hairan dengan mahasiswa. Dilaungnya 'good governance' tapi diri sendiri kelam kabut tanpa arah tuju, pengurusan diri serabut sekali, penampilan diri tak diendah, barang sendiri berterabur, bilik macam kandang, soal disiplin masa usah dicerita. Aku hairan dengan mahasiswa. Diperjuangnya kemajuan ekonomi negara, tapi bila orang berniaga diperlekeh, harta awam dirosakkan, barangan tempatan tak disokong, orang Islam nak cipta produk sendiri jauh sekali. Aku hairan dengan mahasiswa. Ditentangya pembaziran harta negara separuh mati, tapi harta awam tak pandai berjimat, suis lampu tak ditutup bila keluar bilik, berwudh...

Tangan mendahului Mulut.

Imej
assalamualaikum w.b.t sobat2 sekelian yang dikasihi, semoga sentiasa di bawah rahmat dan limpahan berkah Rabbi. tajuk nak cerita pasal tangan mendahului mulut. apekah? ==" macam pelik je kan? adakah nak cerita pasal tangan? pasal mulut? pasal suap makan? pasal bercakap? semuanya bukan tapi ni nak berkongsi dengan sobat semua satu pesanan dari seorang ustaz yang dah tua orangnya tapi tetap menggagahkan diri untuk hadir ke surauku untuk mengajar kuliah subuh. ustaz ni suka sangat cerita pasal arwah ibu dia. lupa pulak, nama ustaz ni, ustaz halim. dalam ustaz menyampaikan kuliahnya,  "sebagai anak, sebenarnya dalam diam, ada derhaka pada mak." "masa makan bersama2 dengan keluarga, kita ni pun amek je lauk. contoh, atas pinggan tu ada ikan bahagian ekor, pastu mak nak, tapi anak dah amek dulu tanpa tanya pada mak atau ayah dulu. mak hanya diam tengok anak makan sebab mak kan bukannya jenis yang suka nak bentak2 lagi2 kalau tengok anak yang dia sayang tengah...

ghaflah itu lalai. merawatnya?

Imej
1. Carilah penawar hati dalam ilmu dan makrifat ..kerana segala segala kebaikan ada di dalamnya..maka hadirilah majlis-majlis ilmu untuk mencari cahaya ketenangan dan petunjuk serta barakah yang ada di dalamnya. وعن معاوية رضي الله عنه، عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: (من يرد الله به خيراً يفقهه في الدين رواه البخاري Daripada Mu'awiyah RH, daripada Nabi SAW bahawa baginda telah bersabda : " Barangsiapa yang Allah mahu kebaikan pada dirinya maka Ia fahamkannya akan agamaNya ". 2. Berzikir mengingati Allah dalam semua waktu dan keadaan samaada dengan lidah mahu pun dengan hati. فعن أبي موسى الأشعري رضي الله عنه، أن النبي قال:  مثل الذي يذكر ربه والذي لا يذكره مثل الحي والميت Daripada Abu Musa Al Asy'ari RH bahawa Nabi SAW telah bersabda : " Bandingan orang yang berzikir mengingati Tuhannya dengan orang yang tidak berzikir seperti bandingan orang yang hidup dengan orang yang mati ". 3. Bersama dengan majlis-majlis zikir...

kene bayar nak gi kuliah agama? :O

Imej
assalamualaikum... :) kuliah subuh, sabtu, 21/9/2013. oleh ustaz amin dari penang. dalam beliau memberi kuliah tu, beliau ada cerita yg beliau ada bagi kuliah kat singapura.  ustaz menceritakan yang UNTUK RAKYAT SINGAPURA NAK DATANG KULIAH AGAMA DI SINGAPURA BERBAYAR. mula-mula aku dengar tu, "wow! kena bayar.." ustaz cerita, kuliah beliau yang mula-mula di satu tempat macam dewan gitu. sesampainya beliau di depan dewan, beliau melihat ada orang yang pegang walkie talkie dan beritahu ,"kuat lagi ni, sampai luar boleh dengar suara lagi ni." ustaz kata, beliau pelik dengan keadaan tu. pastu beliau tanya pada orang tu, katanya, "kat sini, takleh dengar suara yang menceritakan keagamaan. kena pastikan suara tu hanya di dalam ruang dewan je, takleh sampai luar dewan, termasuk orang yang lalu lalang pun takleh tau apa yang kita buat kat dalam dewan." aku pun, "dahsyat!" sambung ustaz lagi, "saya mulakan kuliah... jam 9-11am. kuliah...