Catatan

kepakaran

Imej
tulisan baru Cina dan 'pin yin' nya (cara sebutanlah gitu kiranya) tulisan lama Cina beserta maksudnya assalamualaikum... apa sebenarnya saya nak cerita dengan tajuk kepakaran ni??? hmm, baiklah.. bukannya apa pun, cuma nak bercerita tentang kepakaran .. hahaha, ok... saya mula, dah sedia? kisahnya begini, dulu, saya pernah bersekolah di SJKC ON PONG, Ampang. memang seronoklah sekolah tu.. rotan, sebat, semua terasa.. hahaha, memang apa yang diorang kata pasal sekolah cina banyak kerja tu, memang betullah... saya tabik sama diorang.. jadi, bila saya pernah bersekolah selama 4 tahun, makanya, saya ada kelebihan untuk tahu bercakap dalam Bahasa Cina dan tahu membaca Bahasa Cina... tapi sekarang ni dah tinggal sikit-sikit je yang saya ingat.. sedih T_T... ok... yang timbul persoalannya, dimanakah cerita saya ni? ok, masa bulan 12, lepas ikut nadwah bulan 11... kawan saya ada mintak biodata unutk nadwah, saya pun taktahu untuk apa. cumanya, ada tentang KEPAKAR...

2011 saya dimulai...

Imej
assalamualaikum,, saya memulakan 2011 saya dengan menemani ibu saya ke mesyuarat di surau, alang-alang tu kemas surau sekali... alhamdulillah, bersih. bibik saya kata : "orang lain tengok bunga api malam tahun baru, kita kemas surau =)"... bestkan malam tahun baru saya... insya-ALLAH, untuk 2011 ni, saya akan menjaga hati saya dan hati orang di sekeliling saya dengan sebaiknya, ... hanya ALLAH yang mengetahui segala isi hati saya... saya suka ayat ini,  "saya biarkan kisah hati ini di dalam gudang rahmat-NYA, ameen" tahun ini tahun SPM bagi saya dan teman-teman onese7en... makanya, kami memohon doa kalian yang membaca blog saya ini,,, insya-ALLAH, hanya ALLAH sahaja yang mampu membalasnya... 2011, amanah itu tetap ada, saya sering rasa kecundang, dan bila saya nyatakan ini kepada kawan saya, dia akan kata, "sue~, amanah tu, Allah yang ilhamkan cikgu suruh pilih nt..." juga ayat ni, saya paling suka, "...

2010; mereka sudah, saya belum..

Imej
assalamualaikum... 2010; mereka sudah, saya belum... sebenarnya bukan apa, hanya belum bercerita tentang 2010 memandangkan rata-rata mereka sudah bersemangat menceritakannya... saya takdelah nak cerita panjang-panjang sebab saya ni bukanlah aktif di sekolah seperti mereka, namun setiap orang pasti ada menghasilkan memorikan? ye, bila bercerita tentang memori, saya baca post mereka, semuanya seronok belaka, saya? entahlah, ada kawan saya kata, 2010 ni tahun yang banyak mengajar dirinya, amat bermakna buat diri, tapi saya? saya tak tahulah...  saya rasa 2010 ni tahun yang amat memilukan pada saya,orang lain ada sahabat, keregangan tali ukhwah itu berlaku, sedih hati ni, tapi saya rasa makin saya meningkat ke alam akhir remaja, saya nak sorang-sorang, walaupun dalam hati tu kadang-kadang nak juga berjalan dengan kawan, tapi, susah... saya susah nak ajak orang ikut cara saya, dan saya pula susah nak ikut cara orang, alamatnya, sorang-sorang jelah.  namun dalam pi...

dakwah itu perlu , bukan ikut hati

Imej
assalamualaikum, Dakwah? Hmm.. kenapa berat kedengarannya  untuk dilaksanakan? Kenapa? Sebahagian para remaja kini, untuk mendengarnya sahaja telah terasa berat, inikan  pula untuk mengucapkannya. Telinga pekak dan lidah kelu dan yang terbayang di lubuk hatinya pasti urusan yang berkaitan dengan janggut, kopiah, baju koko, kain pelekat, dan tudung. Well, tidak salah anggapan tersebut. hanya kurang tepat mungkin? Mereka berpendapat adanya pemisah antara dakwah dan kehidupan umum. Kesannya jika berdakwah adalah dari kalangan kanak-kanak dari persekolahan Maktab  atau dari kalangan orang yang aktiviti sehariannya hanyalah mengaji, mengaji dan mengaji. Golongan remaja yang kerjanya menikmati kehidupan tidak sesuai dengan konsep dakwah. Begitu?  Dakwah juga sering dikaitkan dengan mendengar lagu-lagu nasyid semacam Demi Masa -nya Raihan. Bukan tugas para remaja yang hobinya mendengar lagu-lagu pop macam Terima Kasih Cinta -Afgan. Halah, itu salah sama sekali....

suci sekeping hati

assalamualaikum... dengar lagu daripada playlist, nasyid... Suci Sekeping Hati Album : Kembara Cinta Munsyid : Saujana http://liriknasyid.com Sekeping hati dibawa berlari Jauh melalui jalanan sepi Jalan kebenaran indah terbentang Di depan matamu para pejuang Tapi jalan kebenaran Tak akan selamanya sunyi Ada ujian yang datang melanda Ada perangkap menunggu mangsa Akan kuatkah kaki yang melangkah Bila disapa duri yang menanti Akan kaburkah mata yang meratap Pada debu yang pastikan hinggap Mengharap senang dalam berjuang Bagai merindu rembulan di tengah siang Jalannya tak seindah sentuhan mata Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba moga terhibur... *mengubati sikit hati saya yang resah ini.. Alhamdulillah astaghfirullah, wassalam

rasa hati

Imej
assalamualaikum.... saya sering kali saja mengalami perasaan ini, mungkin kamu yang membaca boleh membantu saya. mari baca soalan saya. bunyi begini, Kenapa hati merindui pada suatu yang tidak pasti? Mendamba kasih yang samar? Sedangkan KASIH YANG PASTI, tidak perlu dirindui atau didamba telah sedia ada namun TIDAK JUGA DIBALAS...   kenapa sering saja muncul persoalan ini? saya merasa sungguh kacau dengan perkara ini. ya, saya tahu perkara ini fitrah namun bila sekali terfikir, terus-menerus menerjah dan sukar sekali untuk berhenti. saya suka melihat mereka yang damai hatinya bersama dengan KASIH YANG PASTI. saya suka namun amat sukar untuk saya mengikutinya bukan tidak mahu tapi, tapi, tapi.. Ya ALLAH, sungguh susah! tiada tahu saya perlu ucapkan apa... saya rasa amat cemburu dengan mereka yang sayang ALLAH lebih... bukan cemburu apa cuma bagaimana dia dapat menggapai kasih itu... YA, SAYA NI BANYAK CEMBURUNYA. senang hati melihat mereka yang berjaya menjump...

Tapi tak apa...

Imej
assalamualaikum... "Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (QS , Al-Baqarah : 216) apakah perasaan anda jika anda telah mencari wang dana untuk menuju ke sebuah destinasi secara bersama-sama dengan kawan, namun akhirnya dihalang daripada pergi atas beberapa sebab yang tidak boleh dielakkan.   ya, saya mengalami masalah ini, walaupun saya sedih pada awalnya, namun apabila melihat , tadabbur semula ayat di atas, saya menjadi beransur tenang dan tidak terlalu memikirkannya, bila kawan saya pulang, saya melihat gambar-gambar di paparan, saya kembali memikirkannya dan jadi amat cemburu... saya cemburu sebab, kawan saya dapat pengalaman, saya tak dapat, tapi tak apa... kawan saya dapat merasai kemanisan ukhwah, saya tak d...

MUST SEE VIDEO!!!

assalamualaikum... video ini adalah tentang satu penyelidikan oleh orang arab di negara mereka. kerinduan mereka pada Nabi Muhammad SAW sangat tinggi sedangkan saya??? akan saya cuba perbaiki dan sentiasa selawat kepadanya kerana dalam satu hadis, dinyatakan bahawa orang yang bakhil adalah orang yang apabila disebut nama nabi orang itu tidak berselawat kepadanya.. bersempena dengan maal hijrah, tiada apa yang boleh kita kenang melainkan hanya keperitan nabi dalam menegakkan Islam itu sendiri. namun, kita dapat lihat di negara kita, Malaysia melakukan sesuatu yang mereka rasakan maal hijrah perlu disambut dengan kegembiraan sedangkan perkara sebenar yang berlaku adalah sebaliknya.tidak salah untuk melakukan sedikit jamuan untuk penghargaan bagi mereka yang hadir mendengar namun mereka2 ini lebih mengutamakan makan... ya, mungkin apa yang saya katakan ini seperti tiada apa, cumanya saya ingin kamu-kamu yang membaca blog saya untuk sedar bahawa memahamkan masyarakat tentang hi...

Kubur 4 Darjat : Antara Halal dan Haram

Imej
assalamualaikum, sedikit artikel daripada http://www.tranungkite.net/v11/, moga dapat kita ambil ibrah daripada artikel ini...   Gambar kubur 4 darjat: Antara Halal & Haram Posted on Monday, November 29 @ 22:39:07 PST Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih Oleh Saiful Bahri Mamat Apabila media mempamerkan gambar kubur kontroversi sebuah kubur di Tanah perkuburan Islam di Kampung Kajang Sebidang, daerah Tumpat telah mencetuskan tanda-tanya dikalangan penduduk. Pihak Pejabat Agama islam Daerah Tumpat telah mengarahkan binaan diatas kubur tersebut diruntuhkan.   "Imam kampung ini beritahu saya, dia terima panggilan telefon daripada Pejabat Agama Islam Daerah Tumpat pada pagi Ahad lalu mengarahkan saya merobohkan bahagian bumbung pondok tersebut tetapi saya mengambil keputusan merobohkan semuanya," kata Zuber 60 ketika ditemui wartawan di rumahnya. Tambahnya, keputusan itu dibuat secara spontan kerana beliau tidak pernah menjadikan kubur tersebut sebagai...

comelnya!

assalamualaikum... ustaz kecil ini namanya attar musharih dari Indonesia, comel sungguh.. silalah tengok.. baru tahu dia comel atau tak. comelkan??? walaupun ustaz cilik ni tazkirah perkara yang kita dah selalu dengar, tapi ambillah ibrah sebab Allah berfirman; "berilah peringatan sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang -orang beriman." p/s:maaf, saya tak pasti ayat ini daripada surah mana. kalau ada yang ingat, sila beritahu.. thanks. astaghfirullah, wassalam.

Kisah NADWAH

Imej
assalamualaikum... Nadwah??? hingga ke hari ini masih terasa kebahagiaan dapat ilmu dalam kepenatan itu walaupun ada beberapa kali saya terlentok juga... 21/11/2010 ,AHAD malam ini, saya keluar awal, jam 9pm.. saya pada mulanya nak kata pada mama:" keluar lambat sikit?" tapi mama yang semangat jadi saya hanya turut kata bos. selesai solat dan doa, bertolak dan sampai di hentian DUTA jam 9.30pm. wah, sampai awal, semangat ni... tapi mama kata tunggu dalam kereta sebab cikgu memberitahu yang seharusnya berkumpul jam 10.30pm... hah, apalagi, tidur lah dalam kereta 1 jam.. bila bangun je tidur, dah pukul 10.30pm, memang sedang elok, keluar kereta, angkut beg yang berat, dan bawa masuk dalam. tetibe ada pulak ulat tiket tanya :"alor setar?" saya jalan saja dari situ bersama dengan muka yang tidak kisah.. akhirnya, jumpa cikgu Raihan di tempat menunggu bas. tunggu punya tunggu, semua sudah tiba dan kini hanya menuggu bas MARALINER. janji jam 11.3...