Catatan

Soleh itu bagaimana ya?

Imej
Assalamualaikum. Apa khabar sahabat semua?   Ok, haritu kat Surau Alhuda, TMJ3 (surau kat rumah aku) ada kuliah daripada USTAZ RAIHAN BIN A AZIZ.   ustaz mulakan tazkirah dia dengan ingatkan semula jemaah pasal ibadah puasa, bila bermulanya puasa, penyelewengan ummat kini tentang puasa.    tapi yang nak aku kongsi ni, ustaz ni dia kata mudah je nak jadi hamba soleh. tapi cemana???   ok! ni nak kongsi, sedia??? cara nak soleh ada dua je,  (1) mentaati perintah ALLAH  (2) menjauhi larangan ALLAH   haa, mudah tak? kan?kan?   ustaz tu berkongsi cerita. tentang anak dia yang baru bermula nak belajar puasa. anak dia tanya, "abuya, kenapa kena puasa??" jawab ustaz," ni ALLAH yang suruh." ustaz kata, nasib baik anak dia terima jawapan tu, kalau tak, smackdown. haha.. :) ustaz kata, itulah soleh, bilamana ALLAH suruh, kita buat tanpa banyak bertanya. contoh mudah lagi ustaz bagi, kenapa kalau kentut, kena amik wu...

Sepi

Imej
Assalamualaikum. ni sebenarnya sajak, dapat dari surat khabar Metro, selasa, 11 Februari 2011, oleh Noor Mohamad, Serdang, Selangor. tajuk : sepi bisikku pada kawan, jangan tinggalkan aku keseorangan, jiwa ini sepi tanpa seorang kawan. bisikku pada teman, usah biarkan aku tak berteman, jiwa ini sepi tanpa seorang teman. bisikku pada sekalian alam, aku perlukan kalian, untuk teruskan hidupku. bisikku pada Tuhan, jangan sekali-kali membiarku bersendirian, kerana hidupku tidak bererti tanpa hidayah-MU bisikku pada kawan, teman, alam, dan Tuhan, temanilah aku setiap waktu, kerana aku sepi tanpa kalian disisi.

You Came To Me

Imej
Assalamualaikum, bulan Ramadhan 1441H, saja nak kongsi lirik lagu ini. Lagu ini dah lama sebenarnya, tapi setiap kali dengar mesti akan ada terkesan sesuatu yang amat besar dalam diri, lebih-lebih lagi bila dengar dalam keadaan yang sedih dan sendu, bila dengar, terus ada semangat balik. semoga bermanfaat. Munsyid : Sami Yusuf You came to me in that hour of need When I was so lost, so lonely You came to me, took my breath away Showed me the right way, the way to lead You filled my heart with love, showed me the light above Now all I want is to be with you You are my one true love, taught me to never judge Now all I want is to be with you Allahumma salli ‘ala sayyidina mustafa ‘ala habibika nabiika mustafa You came to me in the time of despair I called onto you, you were there Without you what would my life be Not know the unseen, the worlds between For you I’d sacrifice, for you I’d give my life Anything just to be with you I feel so lost that times by all the hurt...

Lagu Dirgahayu dan kisahnya

Imej
Assalamualaikum.  Tiada apa untuk dinyatakan, hanya terkesan dengan lagu Dirgahayu ini secara peribadi ke dalam diri ini.  Diceritakan sendiri oleh Faizal Tahir pada 28/4/2020 di dalam instgramnya, "Lagu ini adalah inspirasi dari kisah Hanzalah, sahabat Nabi Muhammad S.A.W yang mati syahid dalam perang Uhud setelah baru sahaja dinikahkan. Nabi tak bagi dia datang ke medan perang supaya Hanzalah dpt bersama isterinya. Betapa mulia dan sucinya hati Rasulullah S.A.W. Tapi Hanzalah, yang sempat bersama dengan isterinya untuk satu malam dan sedang tidur mendakap isteri tercinta, mendengar seruan perang kerana musuh sudah hampir, dengan pantas bersiap ke medan perang dan datang jugak diatas niat berjuang disisi Rasulullah S.A.W demi mempertahankan agama Allah S.W.T. Dia berjuang dengan sepenuh hati. Akhirnya Hanzalah gugur syahid. Mayat Hanzalah ditemui dalam keadaan basah kuyup di tengah medan perang. Malaikat mandikan jenazah Hanzalah. Allahuakbar." Disertak...

Peringatan untuk diri sendiri terutamanya

Imej
sekadar peringatan semula kepada diri sendiri.  "Penulisan adalah sesuatu yang pegun, tak bergerak dan tak hilang. ianya akan tersimpan rapi. Maka, menulislah. Bila orang nak baca, dia akan baca. dan bila dia nak baca semula penulisan itu, penulisan itu tetap ada kerana ia pegun." -Hilal Asyraf- "Taklif wa la tasyrif. Tanggungjawab bukan untuk dimuliakan." -Ust Yasir Ramlee- "Kita bukan memberi sokongan sebab kita satu kumpulan tapi kita menjadi satu kumpulan kerana kita saling memberi sokongan," -Kuroko no basket- pesanan ini aku dapat masa aku kat sekolah menengah dulu. yang Hilal Asyraf tu dapat masa aku pergi bengkel penulisan, bagaimana nak menulis. yang kedua tu, dapat masa kursus kepimpinan pengawas.  kedua-duanya memberi satu gambaran besar pada aku yang hidup ni terlalu besar dan berat amanahnya, tapi bila terlupa pesanan ni, mulalah kecundang.  tak mudah nak menjadi penulis sebab lain ayat yang nak disampai...

Sahabat untuk selamanya.

Imej
7 JENIS PERSAHABATAN HANYA 1 SAMPAI AKHIRAT : . 1. TA'ARUFFAN Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di stesyen kereta api, hotel, hospital, pejabat pos, ATM, dan lainnya. . 2. TAARIIHAN Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama, dan sebagainya. . 3. AHAMMIYYATAN Persahabatan yang terjalin karana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya. . 4. FAARIHAN Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, badminton, memancing, dan sebagainya. . 5. AMALAN Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya. . 6. ADUWWAN Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita ... Allah! Pijak semut pun tak mati! Talam dua muka. Seperti firman Allah SWT : "Kalau...

Perjuangan itu jauh.

Imej
Semangat itu mengalir dalam diri aku. Mengalir menerusi nadiku yang satu. Aku semakin hari semakin bersemangat untuk membantu anak bangsa tanpa henti dan tanpa lelah. Aku setia menemani sahabat-sahabatku untuk terus setia dengan kerja mereka. Aku menyedari tugas aku, mengetahui tanggungjawab aku dan berusaha melaksanakannya dengan sebaik mungkin kerana matlamat hidup aku hanyalah satu, berjuang hingga ke titisan akhir. Pernah suatu ketika, sedang aku bersama sahabatku, tiba-tiba sahaja air mata basah mengalir dari sahabatku. Bila dilihat, aku tahu bahawa dia bersedih dengan anak didikannya. Aku mengalirkan semangatku kepadanya, lalu dia terus dan terus bersemangat untuk menghabiskan kerjanya demi maruah dan masa depan negara. Seronok diriku ini bersama dengannya. Tidak ada yang dapat mengganti kebahagiaanku ini kerana aku dan sahabatku ini telah bersama sekian lama melihat kejayaan anak bangsa. Walaubagaimanapun,setiap pertemuan pasti ada perpisahan, semangat aku kian hilang walau...

Rumah aku dan kau, wahai Muslimin dan Muslimat.

Imej
"Marilah kita berjemaah di surau kita, sebab pahala berjemaah itu 27 kali ganda berbanding dengan solat secara bersendirian." ustaz berkata. aku ingat lagi pesan ustaz walaupun dah lama dah sebenarnya ceramah ustaz  tentang solat jemaah. majlis ceramah yang dibuat itu adalah di rumah aku. Tentang rumah aku, aku suka orang datang rumah aku sebab kehadiran orang ramai ke dalam rumah aku adalah rahmat daripada mereka. Aku dan sahabat-sahabat seramai 5 orang bersama-sama menjaga rumah ini sebab orang akan datang rumah aku setiap hari, mereka takkan pernah jemu nak datang sebab diorang suka ziarah rumah aku ni, alhamdulillah besar dan selesa. Orang ramai suka nak guna rumah aku ni untuk tempat berkumpul, bermesyuarat, buat majlis sebab rumah aku ni luas ruangnya dan fleksibel. aku dan sahabat-sahabat aku yang 5 orang tu, yang bersama-sama menjaga kebersihan rumah aku ni. Rumah aku sentiasa ada pengunjung tetap untuk mereka membuat majlis ataupun pertemuan. tapi setiap tahun, ...

Kelebihan zikir Ya Latif

Imej
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari yang baik ni, aku nak kongsi tentang manfaat satu zikir ni. aku dapat ni masa aku ikut kuliah Ust Muhadir Hj Joll kat Cyberjaya. zikir ini ringkas tapi sangat besar manfaatnya. zikir apakah itu? itulah dia, zikir YA LATIF setiap hari, SELEPAS SUBUH(129X) & SELEPAS ASAR (129X) apakah manfaatnya? diceritakan oleh Ust Muhadir, dengan sentiasa membaca zikir ini, Allah akan menjaga kita dari bencana yang teruk-teruk (nauzubillah) dikisahkan oleh ustaz. kawannya kemalangan kereta, keretanya sangat teruk keadaannya, namun kawannya dan keluarga kawannya alhamdulillah, tiada kecederaan yang serius. ustaz pun bertanya pada kawannya, macamana keadaan tak berapa teruk sedangkan kereta hampir remuk? lalu, kawan beliau kata, dia hanya amalkan zikir yang dinyatakan di atas. masyaAllah. hebat sungguh kuasa Allah.  mari bersama-sama amalkan, moga bertemu kebaikan dan sentiasa dijaga dalam kerahmatan. wallahu3alam astaghf...

PRU14

Imej
Assalamualaikum.  5 tahun telah berlalu, parlimen telah bubar untuk memberi laluan kepada pru-14 yang mana akan buang undi pada 9/5/2018 (rabu) tarikh membuang undi yang penuh konflik selepas pengumumannya. hahaha. hadoilah. pru-14 kalini akan ada tiga blok iaitu BN, PH dan PAS.  setiap blok ada manifesto masing-masing. silalah baca, dengar video yang ada dan buatlah penilaian terbaik. kau ingat satu je, 'aku mengundi ni, ada sahamnya dari setiap pilihan aku buat." nilai dan fahamkan. abaikan setiap provokasi sebab biasalah provokasi ni nampak macam menarik tapi lebih banyak mainkan emosi sebenarnya. dan emosi takkan membawa kebaikan langsung malah mungkin memburukkan lagi. aku taknak ulas manifesto setiap blok sebab aku tak reti nak ulas panjang-panjang. hahaha. cuma aku nak ingatkan je, pergilah mengundi ya kawan-kawan, makcik pakcik, atuk nenek. sekarang ni hak dah ada, tinggal lagi beberapa hari je lagi nak mengundi, kalau tak laksanakan...

9 tanda orang itu sudah matang dalam hidup

Imej
Assalamualaikum. Sembilan tanda seseorang itu sudah matang dalam kehidupan. 1) Berhenti menilai dan menghukum orang lain, tetapi fokus untuk merubah diri sendiri. 2) Boleh menerima orang lain seadanya. kita faham makna perbezaaan pendapat. tidak perlu taksub. 3) Berani "melepaskan" kenangan lama yang pahit. tidak berdendam dan simpan dalam hati. 4) Berhenti mengharap dan meminta dari orang, tetapi mula memberi. biar sedikit kita memberi, tetapi jangan pernah meminta. 5) Melakukan sesuatu, hanya untuk mendapatkan ikhlas. Melakukan sesuatu bukan untuk mendapatkan pujian, nilaian dan pengiktirafan orang. tidak tersinggung bila dikeji, dikutuk dan dihina orang. 6) Berhenti menunjuk kepandaian, kehebatan dan mula mengakui kepandaian, kebaikan dan kehebatan orang lain. 7) Berhenti membandingkan nasib kita dan nasib orang lain. kita membandingkan nasib diri kita yang semalam. kita berdamai dengan diri sendiri. tidak iri, dengki dan sakit hati melihat kelebihan ...