Catatan

hati dan gerak kerja

Hati dan gerak kerja, Dua benda berbeza. Jangan diletakkan sekali. Kerna,  andai diletakkan bersama, Bimbang akan menjadi lain . Dan apa yang diimpikan tidak akan dicapai. Yang dikejar terlepas, yang dikendong berciciran. Hati dan gerak kerja, Dua perkara besar. Yang memberi peranan dalam kehidupan seharian. Yang memberi kesan dalam kitaran hidup. Andai salah langkah, Ianya akan menjadi kitaran bodoh, Yang sama berulang-ulang, Tanpa membawa makna kepada ummah. Hati dan gerak kerja. Jangan pernah dibincangkan di atas meja bulat yang sama, Kerna, Meja bulat gerak kerja dan Meja bulat hati, Takkan pernah sama metodologinya dan SOPnya. Mungkin, Yang bergerak kerja dan Yang mempunyai hati (baca:cinta) itu Orang yang sama di dalam satu meja bulat Namun, Profesional-lah dalam melakukan sesuatu perkara. Kerna, Diri yang dipinjamkan ini adalah duta Islam, Andai diri cuai dan lalai, Bukan diri yang orang lihat tidak betul,...

Beruntung!

Imej
*Hadis logam. andai memahaminya.* Dia muncul kembali, Masuk semula, ke dalam organisasi itu. Tanyaku padanya, “kenapa naik balik? Memegang jawatan?” Jawabnya mudah, “nak bantu orang-orang yang nak menaikkan Islam.” TERDIAM. Sebab hadirnya dia kembali, Dengan niat dan misi yang jelas. Bukan kerna kepentingan dirinya, Bukan kerna sahabat-sahabatnya, Tapi kerna pencipta, Robbul Jalil. Pernah dia utarakan, “perbetulkan niat kenapa kamu-kamu disini, Kalau nak popular, dapatlah kamu popular. Kalau sebab kawan, dapatlah kamu kawan, Kalau sebab pencipta, maka dapatlah pencipta.” Aku diam sahaja ketika dia persoalkan kami-kami. Kiraku, Dia terlalu hebat dalam gerak kerjanya, Aku dan dia, Langit dan bumi jauhnya. Rasanya, Ingin aku berhenti dari menyertai organisasi Bawah pimpinannya. Kerna aku malu Sebab kami dilahirkan dari institut yang sama. Tapi itulah dia, Bilamana, memahami. Lebih dari segalanya, Sanggup dil...

enti, sori.

Imej
Assalamualaikum. Meh nak kongsi sebuah alkisah kejujuran seorang sahabat. Suatu petang, masa ni aku tingkatan 4. Kitorang ada ujian kimia untuk penggal 2. Semangat nih menjawab walaupun aku tau aku jawab merepek. Hahaa.... ==” Kitorang jawab exam ni dalam makmal, pastu, duduk  bertentangan (boleh bayanglah kan cemana meja makmal tu).  Pastu, dengan gigihnya aku menjawab soalan yang kalau untuk budak genius, haaa... tutup mata boleh jawab. Tapi untuk aku ni haa... punyerlah perah otak nak jawab. Ditetapkan Allah azza wa jal, ada seorang sahabat yang duduk depan aku. Dia pun antara yang genius gak, laju pulak dia menjawab. Aku ni tinjau-tinjau tengok, alahai jeles je.  Ok takpe, aku jawab semampu mungkin. Ujian tamat. Beberapa hari kemudian,  Masa ni tengah beratur nak amik wudhu’ kat tempat wudhu’ untuk nak solat zohor. Tiba-tiba, dia (sahabat tadi tu) yang aku kasihi kerna Allah bersuara, “erm.. enti-enti, nak bagitau samting boleh...

dokter dan pakcik drebar

Imej
suatu hari, aku menaiki bas, mendengar pakcik drebar berbicara dengan orang  dalam telefon (bukan aku curi dengar, pakcik drebar tu cakap kuat) katanya,  "apa...? ingat kita ni drebar, diorang tu dokter-dokter, suka hati je nak bagi arahan suruh kita buat apa-apa je. diorang dokter-dokter tu nak senang je semua.  kita yang drebar ni yang tahu jalan tu, bas ni boleh masuk atau tak. kalau diorang kata, 'bas lain boleh lalu, kenapa bas ni tak boleh?' jawab balik pada diorang,'kalau nak sangat bas lain tu, naiklah bas tu. tapi bas yang drebar saya bawak, dia tak masuk.'   lepas terdengar semua itu, aku istighfar sedalam-dalamnya. betapa, terkadang kita ini, merasakan diri berpengetahuan luas,  maka patut untuk dilayan dengan sedemikian cara. mereka yang dibawah harus mengikuti cara kita. sedangkan, ilmu yang kita ada dengan ilmu yang mereka ada,  takkan pernah sama. kita mengambil cerita di atas sebagai c...

cakap je, senang lah.

merindui.  merindui baginda Nabi itu bukan mudah. aku bertanya pada guruku,  tentang cinta dan rindu pada baginda. ini balasnya,  "Memang kita diminta merindui Nabi.  sentiasa mengingatinya. mencurahkan rasa kasih pada baginda. Dan rasa kasih itu perlu dibuktikan, dengan belajar mengikuti cara hidupnya baik perkataan, perbuatan mahupun akhlaknya." sambungnya lagi, "MUDAH BILA BERBICARA TAPI ITULAH HAKIKAT CINTA." "SENTIASA MENUNTUT SEBUAH PENGORBANAN" lalu, aku bertanya lagi, bagaimana untuk menyubur rasa cinta? sebab diri sentiasa merasa paling teruk dlm mencintai. dijawab guruku dengan mudah, "Rasa insaf perlu ada. baru boleh menjana kekuatan. jangan berputus asa mengejar CINTA RASULULLAH." sollu alannabiy. moga Allah redha dan rahmati cikgu sentiasa,  Ustazah Norsyima binti Mohd Sati . astaghfirullah. wassalam

entah mana yang diterima

Imej
Assalamualaikum dan selamat petang ;) moh nak citer satu alkisah ni...  adalah suatu hari ni, sedang aku dengan sorang kakak ni semangat bergerak ke sana ke mari sebab ada program yang berterusan tanpa henti. daripada ceramah di kolej bergerak ke liqa' pula di tempat lain. pengangkutan yang ada masatu hanya motor. jadi nak taknak memang kene bawak sebab akak tu tak reti bawak motor.  dalam masa nak bergerak ke motor dari tempat ceramah dekat kolej tu, tibe-tibe akak tu berkata, "entah mana satu lah kesibukan  kita ni yang Allah kira..."  masa dengar tu, terus terdiam, tersentap, rasa kene piat telingat, rasa kene tembak kat jantung. T.T sedih yang amat masa tu, nangis laju-laju dalam hati. rasa macam selama ni, buat kerja tanpa niat yang betul. buat sebab nak buat, bukan untuk Islam. huwaa....!  dan mula daripada haritu, aku cuba untuk ingatkan diri yang "entah mana satu kebaikan yang Allah kira..."  makanya, aku terus menerus ...

awlawiyat kita

Imej
kata Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna, "Al-wajibat ak-tsaru minal auqaat" maksudnya,  "kerja-kerja lebih banyak daripada masa yang ada" kau kata, "alaa, tak cukup masa." kau bilang, "hmm... aku bizilah" tapi hakikatnya, di waktu senggang,  kau dahulukan minat mu. di waktu lapang,  kau dahulukan hobi mu. maka, bagaimana mungkin,  untuk yang aula itu siap dahulu? kerana kau dahulukan yang tidak aula langsung.! lantas, bila orang bertanya,  "eh, dah siap kerja?" "eh, dah stadi ke?" "eh, dah buat lab repot?" lantas, kau dengan mudahnya menjawab, "alaa... aku tak sempat lagi nak buat." aku hairan, kau jadi bingung, kau jadi tertekan, kau jadi serabut, kelam kabut, disebabkan kerja-kerja mu yang tertangguh itu. namun, yang harus ditangguhkan itu, tidak kau tangguh. malah, yang perlu didahulukan, kau tak dahulukan. tiba-tiba, ...

datanglah bila tiba masa.

Nafas panjang ku hela , Bila di ajak berbicara tentang itu ,  aku ,  ketandusan idea , fikiranku jadi gersang , Bukan menolak , atau apa , Jiwaku ,  seakan mati  ,  bila di ajak berbicara tentang indahnya bunga-bunga cinta , Jiwaku ,  seakan mati ,  bila bertemu dengan orang-orang yang ghairah bercakap tentang cinta , Lidah jadi berat ,  hati malas melihat . Bukannya apa ,  aku . takut .  saat hati membenarkan terlihatnya cinta .  saat hati membenarkan di sentuh , aku tewas .  hatiku berzina . sedangkan ,  Tuhan melihatku ,  Tuhan menumpahkan cintaNya pada seketul daging ini . Hati . Benar ,  aku juga punya keinginan ,  namun belum masanya ,  aulanya ,bukan pada 'itu' , Aku ,  sudah menetapkan ,  Cinta ini harus berlagu yang bagaimana , asal tak menjauh dari redhaNya ,  asal tak menggugah juang ini , kepada si dia ,...

Kesan Ibadat dalam diri insan

Imej
Assalamualaikum. Murabbiku berpesan tentang kesannya ibadat dalam diri kita.  Dalam tafsirnya Mukhtasar Ibnu Katsir, As Shabouni menjelaskan tentang pengertian al Ibadah sebagai : هي ما يجمع كمال المحبة والخضوع والخوف " Apa sahaja ( samaada perlakuan hati, perkataan dan perbuatan ) yang menghimpunkan kesempurnaan kecintaan, ketundukan dan ketakutan ( kepada Allah ). " Justeru, istiqamah dalam ibadahmembawa kesan yang besar dalam diri seorang muslim pada hatinya..pada tutur katanya dan juga tingkah laku perlakuan hidupnya. Firman Allah ta'ala : مُّحَمَّدٌ رَّسُولُ اللَّـهِ ۚ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ ۖ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِّنَ اللَّـهِ وَرِضْوَانًا ۖ سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِم مِّنْ أَثَرِ السُّجُودِ ۚ ذَٰلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ ۚ وَمَثَلُهُمْ فِي الْإِنجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَىٰ عَلَىٰ سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّ...