Catatan

Kalau bukan sekarang, bila lagi?

Assalamualaikum dan selamat pagi. *lambai-lambai* Sekarang ni kita dalam bulan Ramadhan, dah hari ke 14 dah. dah separuh Ramadhan rupanya. tapi, adakah perasaan untuk berlumba-lumba melakukan amal tu masih ada? memandangkan kita pun dah pertengahan jalan, nak tak nak kita memang kene teruskan. kalau bukan sekarang mengumpul amal kebaikan, bila lagi, ye dok? nak tunggu tahun depan? nak tunggu esok? sampai bila kita nak bertangguh? sebab bertangguh tu kan tak baik. dan sekarang ni kan bulan baik yang mana tiada syaitan padanya, sebab dah kene ikat. maka, segala kemalasan yang wujud tu sebenarnya adalah dari dalam diri kita sendiri. rasa malas nak baca Qur'an. rasa malas nak zikir. rasa malas nak solat sunat. rasa malas nak buat baik. semua kemalasan ni tadi memang wujud untuk melemahkan semangat kita, nak taknak memang kene paksa untuk buat amalan tu. yerlah, mana ada bende baik yang syok nak buat melainkan kita mula paksa diri dan kita akan mula rasa nikmat tu nanti, perlahan-l...

Mujahadah kita berbeza

Imej
"Hai manusia,  sesungguhnya kamu telah bekerja bersungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemuinya." (84:6) Mujahadah. semua orang ada gaya mujahadah tersendiri. semua orang ada cara tersendiri. satu suara kata, "korang bolehlah, budak2 sekolah agama. dah hebat agama. aku ni haa, baru nak belajar agama, baru nak berubah.  kau bukannya faham pun rasa sakit, rasa penat, rasa lelah bersusahpayah menjadi baik." satu suara pula kata, "budak sekolah agama, budak yang dah pandai agama, budak yang memang dah soleh dari kecik, suasana soleh sekitarnya sentiasa. tak bermakna  sudah hebat, sebab, mujahadah tetap saja perlu, kerana, bebanan pada bahu mereka juga ada malah lebih lagi, tambahan pula, seorang Muslim itu perlu lebih baik setiap hari." sungguh, mujahadah setiap orang berbeza.  maka,  jangan kau perkecilkan usaha mereka yang ingin ...

fokus

Harapan. Pernah aku letakkan sebelum ini. Namun punah begitu saja. tidak mengapa. aku cuba letakkan sekali lagi. dan punah sekali lagi. aku jatuh.  entah kali ke-berapa. lantas,  Allah hadirkan sahabat mengingatkan aku. ya,  aku bangun dari tersungkur itu.  usahaku,  semua aku fokuskan pada objektif aku. tapi, aku gagal lagi. dan aku terdiam dan terkedu. tiba-tiba, satu pesanan menyentap aku. minta aku untuk tajdid niat. minta aku supaya jangan ulang kesalahan yang sama.  baik, kali ini,  bersama dengan pasukan yang lama yang bernafas baru, inshaAllah. aku mohon Allah berikan petunjuk.  aku bukanlah hebat untuk syurga. tapi,  aku juga pencinta syurga, yang mencari cahaya di atas cahaya dalam kegelapan.  astaghfirullah. wassalam.

Shine like Ibn Al-Haytham

They filled my path full of doubt And wouldn’t hear me out But still I chased my dreams They told me to quit But my heart could not resist And from the darkness came a light I will shine on tomorrow Light the way for all to follow From the darkness I will shine Learning from the past I tried To stare the world in the eyes Find strength to pull me through I saw through my tests and trials A road that ran a thousand miles At the end was only truth I will shine on tomorrow Light the way for all to follow In the darkness I will shine I will shine on forever Take my chance now or never In the darkness I will shine I know I can if I believe And I will choose my destiny We’ll make the change we want to see I know we can if we believe And we will choose our destiny I know I can if I believe ‪#‎ Shine‬   ‪#‎ IbnAlhaytham‬   ‪#‎ SamiYusuf‬   ‪#‎ 1001Inventions‬

Jiwa yang tenang

Jiwa yang tenang adalah jiwa yang mengingati Tuhannya lahir daripada lidah yang basah menyebut nama Tuhannya Jiwa yang tenang hanya hadir bila kita betul-betul mencarinya seandainya kita seperti acuh tidak acuh menerokainya nescaya jiwa yang tenang tidak akan hadir oleh itu berusahalah menggapai jiwa yang tenang dengan ilmu dan amal kerna Jiwa yang tenang adalah jiwa yang sentiasa dibawah naungan rahmat-Nya dan jiwa ini sentiasa dibawah lindungan keselamatan-Nya maka carilah annafsu al-mutmainnah iaitu jiwa yang tenang untuk mencapai kebahagiaan abadi surah alfajr:27-30 astaghfirullah wassalam

orang asing.

Assalamualaikum. saja nak kongsi pesanan ustaz gojes aku. huhu... Pesan ustaz aku, orang asing itu takrifannya adalah begini, "Orang asing itu bukanlah yang meninggalkan negerinya tapi orang asing itu tetap serius dengan syariat Allah sedangkan orang lain asyik dengan dunia dan orang asing itu berjaga pada waktu malam pada saat orang lain asyik lena dengan dunia."  (Ustaz Khairul Amri) aku pun tengah berusaha jadi orang asing tu jugak.  payah T.T.  doakan aku.  terima kasih.  astaghfirullah. wassalam.

semua pun rasa tapi salah aku sebenarnya.

semua pun rasa, diri kecewa. semua pun rasa, diri sedih. semua rasa, hujan yang turun, mengiringi kesedihan hati. semua rasa, mereka tak faham akan diri, yang tanggung bebanan. yang di atas rasa, yang bawah tak memahami. yang di bawah rasa, yang atas tak memahami. hanya satu, sebab takde yang bersuara. menjelaskan isi hati. semua pun pendam. yang di atas, menyelesaikan isu sendiri. yang di bawah, menyelesaikan isu sendiri. sebab apa, sebab yang di atas rasa, yang di bawah tak faham kenapa yang di atas buat sedemikian cara. sebab apa, sebab yang di bawah rasa, yang di atas takkan pernah faham kenapa yang di bawah buat sebegini rupa. yang di atas,  nak tolong dan bantu. yang di bawah pula, rasa yang di atas tak ambil tahu tentang kebajikan mereka. alahai, adat berorganisasi. yang lama, yang baru, yang di atas, yang di bawah, semua pun perlu untuk jujur dengan hati sendiri. semua pun perlu bantu membantu sesama sendiri. ni, aku cakap ...

semoga.

Imej
kita ini punya hati, tapi hati yang bagaimana? kita ini punya jiwa, tapi jiwa yang bagaimana? semua jawapan, berdasarkan waqi'(keadaan setempat) masing-masing. mari, aku tanya, kau punya hati. bagaimana kau uruskannya? aku perhaluskan lagi, kau punya hati, pada dia yang kau sayangi, tapi, bagaimana kau menyusun aturnya? bagaimana kau menjaganya? aku tahu, kau mahu yang dihati itu, sentiasa disisi, sentiasa dimatamu, sentiasa dekat dengan jiwamu, namun, apakah cara yang kau lakukan untuk dia sentiasa bersamamu? adakah, MATLAMAT MENGHALALKAN CARA? kau tanya diri, tanya imanmu, jawab sendiri. muhasabah. koreksi diri. aku jua bukanlah yang luar biasa dalam menjaga hati, aku jua insan biasa yang menyimpan hati. maka dari itu, jom kita jaga hati. sama-sama. sentiasa. agar Allah sentiasa membimbing kita ke jalan benar. yang Dia redhai, yang Dia kasihi. dan dapat kita menjadi, hamba Rabbani. semoga. saling memperingati itu akhlak musl...

hargailah ia.

Imej
Assalamualaikum.  bagaimana untuk anda-anda yang diluar sana? untuk adik-adik SPM? untuk yang baru masuk universiti? untuk kami, pelajar universiti (IPTA) yang senior, sudah masuk minggu ke-3 belajar. semoganya Allah sentiasa memberkati setiap langkah kami-kami dalam menuntut ilmu dan tidak meninggalkan kami walau hanya dengan sekelip mata.  dan yang paling penting, tidak kira siapalah kita, moga sentiasa jaga hati. jaga niat kita. sentiasa perbaharui. sentiasa ingat balik kenapa kita buat sekian dan sekian. inshaAllah dengan itu, niat kita sentiasa kerana Allah. semoga. baik, aku nak kongsi sikit tentang pengalaman. pengalaman mengajar kita sesuatu. ada sesuatu yang lain dari yang lain. pengalaman ini takkan dapat melalui pengajaran mahupun penceritaan dari mereka-mereka walaupun ibu ayah kita. sebab semua yang dihikayatkan itu adalah kisah mereka. dan hikayat agung kita-kita akan jadi pengalaman pabila kita melaluinya sendiri.  pengalaman setiap orang takka...

siapalah kita?

siapalah kita, untuk bersangka buruk padanya. siapalah kita, untuk mengatakan dia tidak punya usaha. siapalah kita, untuk merasakan diri lebih baik dari yang lain. siapalah kita? tanya diri, tatkala, diri mula merasakan semua bebanan, diri sendiri yang lakukan. ingat, tiada siapa pun yang ingin mati sebagai pendosa, walau kita sering melakukan noda. malah, semua berlumba-lumba inginkan syurga. usaha, setiap dari kita takkan pernah sama. maka, hargailah mereka. walau usaha hanya sekecil zarah. mentang-mentang usaha mereka di sebalik tabir, kita buat penghakiman semudah memetik jari, "oh, sumbangan mereka tak cukup lagi..." sungguh kita tidak punya hak , kerna, kita tidak tahu,  amalan baik yang manakah yang Allah bakal terima. maka, buat kita,  yang mengaku dirinya,  menyertai Jemaah. mohon untuk hargai mereka. jangan jadi ekstremis. jangan jadi poyo. jadilah pemberi semangat, yang bukan hanya bercakap lebat, tapi juga bekerja k...

selalu, kita ini kedekut!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. apa yang aku tulis ini, bukan hanya peringatan buat diri kamu. tapi, jua buat diri aku dan kita semua. terutamanya, buat kita,  yang menggelar diri, sebagai ahli jemaah. yang MERASAKAN DIRI, sudah bertudung labuh, sudah berkopiah sentiasa, sudah ke surau atau masjid sentiasa, sudah ke majlis ilmu selalu tanpa tertinggal satu pun kelasnya, sudah memahami apa itu penyakit hati, sudah mengetahui apa itu wabak sepanjang jalan dan segalanya, yang seangkatan dengannya, dan yang sewaktu dengannya. SELALU,  kita ini terlalu banyak syak wasangka. memandang dia yang bertudung biasa, "hmm, bilalah dia nak tutup aurat dengan sempurna?" memandang dia yang menyarungkan  cap , "hish, ikut orang barat sangat dia ni." sedangkan, adakah kita tahu, yang bertudung biasa itu baru sahaja memulakan harinya untuk berubah? yang menyarungkan  cap  itu memang cara dia...

hati dan gerak kerja

Hati dan gerak kerja, Dua benda berbeza. Jangan diletakkan sekali. Kerna,  andai diletakkan bersama, Bimbang akan menjadi lain . Dan apa yang diimpikan tidak akan dicapai. Yang dikejar terlepas, yang dikendong berciciran. Hati dan gerak kerja, Dua perkara besar. Yang memberi peranan dalam kehidupan seharian. Yang memberi kesan dalam kitaran hidup. Andai salah langkah, Ianya akan menjadi kitaran bodoh, Yang sama berulang-ulang, Tanpa membawa makna kepada ummah. Hati dan gerak kerja. Jangan pernah dibincangkan di atas meja bulat yang sama, Kerna, Meja bulat gerak kerja dan Meja bulat hati, Takkan pernah sama metodologinya dan SOPnya. Mungkin, Yang bergerak kerja dan Yang mempunyai hati (baca:cinta) itu Orang yang sama di dalam satu meja bulat Namun, Profesional-lah dalam melakukan sesuatu perkara. Kerna, Diri yang dipinjamkan ini adalah duta Islam, Andai diri cuai dan lalai, Bukan diri yang orang lihat tidak betul,...

Beruntung!

Imej
*Hadis logam. andai memahaminya.* Dia muncul kembali, Masuk semula, ke dalam organisasi itu. Tanyaku padanya, “kenapa naik balik? Memegang jawatan?” Jawabnya mudah, “nak bantu orang-orang yang nak menaikkan Islam.” TERDIAM. Sebab hadirnya dia kembali, Dengan niat dan misi yang jelas. Bukan kerna kepentingan dirinya, Bukan kerna sahabat-sahabatnya, Tapi kerna pencipta, Robbul Jalil. Pernah dia utarakan, “perbetulkan niat kenapa kamu-kamu disini, Kalau nak popular, dapatlah kamu popular. Kalau sebab kawan, dapatlah kamu kawan, Kalau sebab pencipta, maka dapatlah pencipta.” Aku diam sahaja ketika dia persoalkan kami-kami. Kiraku, Dia terlalu hebat dalam gerak kerjanya, Aku dan dia, Langit dan bumi jauhnya. Rasanya, Ingin aku berhenti dari menyertai organisasi Bawah pimpinannya. Kerna aku malu Sebab kami dilahirkan dari institut yang sama. Tapi itulah dia, Bilamana, memahami. Lebih dari segalanya, Sanggup dil...

enti, sori.

Imej
Assalamualaikum. Meh nak kongsi sebuah alkisah kejujuran seorang sahabat. Suatu petang, masa ni aku tingkatan 4. Kitorang ada ujian kimia untuk penggal 2. Semangat nih menjawab walaupun aku tau aku jawab merepek. Hahaa.... ==” Kitorang jawab exam ni dalam makmal, pastu, duduk  bertentangan (boleh bayanglah kan cemana meja makmal tu).  Pastu, dengan gigihnya aku menjawab soalan yang kalau untuk budak genius, haaa... tutup mata boleh jawab. Tapi untuk aku ni haa... punyerlah perah otak nak jawab. Ditetapkan Allah azza wa jal, ada seorang sahabat yang duduk depan aku. Dia pun antara yang genius gak, laju pulak dia menjawab. Aku ni tinjau-tinjau tengok, alahai jeles je.  Ok takpe, aku jawab semampu mungkin. Ujian tamat. Beberapa hari kemudian,  Masa ni tengah beratur nak amik wudhu’ kat tempat wudhu’ untuk nak solat zohor. Tiba-tiba, dia (sahabat tadi tu) yang aku kasihi kerna Allah bersuara, “erm.. enti-enti, nak bagitau samting boleh...