Catatan

Kelebihan zikir Ya Latif

Imej
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari yang baik ni, aku nak kongsi tentang manfaat satu zikir ni. aku dapat ni masa aku ikut kuliah Ust Muhadir Hj Joll kat Cyberjaya. zikir ini ringkas tapi sangat besar manfaatnya. zikir apakah itu? itulah dia, zikir YA LATIF setiap hari, SELEPAS SUBUH(129X) & SELEPAS ASAR (129X) apakah manfaatnya? diceritakan oleh Ust Muhadir, dengan sentiasa membaca zikir ini, Allah akan menjaga kita dari bencana yang teruk-teruk (nauzubillah) dikisahkan oleh ustaz. kawannya kemalangan kereta, keretanya sangat teruk keadaannya, namun kawannya dan keluarga kawannya alhamdulillah, tiada kecederaan yang serius. ustaz pun bertanya pada kawannya, macamana keadaan tak berapa teruk sedangkan kereta hampir remuk? lalu, kawan beliau kata, dia hanya amalkan zikir yang dinyatakan di atas. masyaAllah. hebat sungguh kuasa Allah.  mari bersama-sama amalkan, moga bertemu kebaikan dan sentiasa dijaga dalam kerahmatan. wallahu3alam astaghf...

PRU14

Imej
Assalamualaikum.  5 tahun telah berlalu, parlimen telah bubar untuk memberi laluan kepada pru-14 yang mana akan buang undi pada 9/5/2018 (rabu) tarikh membuang undi yang penuh konflik selepas pengumumannya. hahaha. hadoilah. pru-14 kalini akan ada tiga blok iaitu BN, PH dan PAS.  setiap blok ada manifesto masing-masing. silalah baca, dengar video yang ada dan buatlah penilaian terbaik. kau ingat satu je, 'aku mengundi ni, ada sahamnya dari setiap pilihan aku buat." nilai dan fahamkan. abaikan setiap provokasi sebab biasalah provokasi ni nampak macam menarik tapi lebih banyak mainkan emosi sebenarnya. dan emosi takkan membawa kebaikan langsung malah mungkin memburukkan lagi. aku taknak ulas manifesto setiap blok sebab aku tak reti nak ulas panjang-panjang. hahaha. cuma aku nak ingatkan je, pergilah mengundi ya kawan-kawan, makcik pakcik, atuk nenek. sekarang ni hak dah ada, tinggal lagi beberapa hari je lagi nak mengundi, kalau tak laksanakan...

9 tanda orang itu sudah matang dalam hidup

Imej
Assalamualaikum. Sembilan tanda seseorang itu sudah matang dalam kehidupan. 1) Berhenti menilai dan menghukum orang lain, tetapi fokus untuk merubah diri sendiri. 2) Boleh menerima orang lain seadanya. kita faham makna perbezaaan pendapat. tidak perlu taksub. 3) Berani "melepaskan" kenangan lama yang pahit. tidak berdendam dan simpan dalam hati. 4) Berhenti mengharap dan meminta dari orang, tetapi mula memberi. biar sedikit kita memberi, tetapi jangan pernah meminta. 5) Melakukan sesuatu, hanya untuk mendapatkan ikhlas. Melakukan sesuatu bukan untuk mendapatkan pujian, nilaian dan pengiktirafan orang. tidak tersinggung bila dikeji, dikutuk dan dihina orang. 6) Berhenti menunjuk kepandaian, kehebatan dan mula mengakui kepandaian, kebaikan dan kehebatan orang lain. 7) Berhenti membandingkan nasib kita dan nasib orang lain. kita membandingkan nasib diri kita yang semalam. kita berdamai dengan diri sendiri. tidak iri, dengki dan sakit hati melihat kelebihan ...

"Suraya, I love you!"

Imej
Assalamualaikum. Tajuk buku yang aku baca sebelum ni, "Suraya, I love you!". sebab apa aku baca? sebab buku tu guna nama aku, Suraya. hahahaha, jadinya, nak tahulah apa yang istimewa sangat watak Suraya dalam buku ini sampai penulis jadikannya tajuk. ringkasnya, buku ini menceritakan tentang penggunaan ilmu hitam untuk mendapatkan si Suraya. mula-mula, disihirnya tunang Suraya dan mati dalam masa sehari. keluarga tunangnya panggil seorang ustaz namanya Ustaz Luqman. Dia berjaya mengubati tunang Suraya tapi serta-merta mati selepas itu. kemudian, dalam masa 2 bulan, Suraya pulak yang kena kacau , kerap dan selalu. Suraya ada seorang peminat setia iaitu bekas teman lelaki. Lelaki ni sentiasa kacau Suraya dan Suraya amat membencinya. Suraya juga ada seorang kawan baik perempuan, dia sangat rapat dengan Suraya dan sentiasa bersama Suraya, sentiasa ada disaat Suraya memerlukannya. Selepas 2 bulan Suraya kena kacau tu, dia bertekad untuk jumpa Ustaz Luqman ni, seba...

bingung

Imej
  Minda dijajah, Hati diteroka, Pemikiran diratah, oleh kalimat agung dari mulut si jahat yang manis, CINTA, namun, untuk kesekian kalinya, minda terjajah, hati diteroka dan pemikiran diratah, bukan untuk CINTA, tapi untuk keuntungan si jahat sahaja, HAH! betapa sombong dan angkuh duhai si jahat yang zalim dan bodoh. sungguh Tuhan, walau aku tidak sempurna, pada minda, hati dan pemikiran dek bisikan jahat, tetaplah pandang aku, jangan tinggalkan aku, kerana aku yakin, hanya dengan CINTA Kau yang sebenar, membawa aku kepada-Mu. Izinkan aku pulang, duhai Tuhan, Ke pangkuan-Mu. ampunkan aku aku jahil lagi takut tapi aku harapkan kasihMu astaghfirullah wassalam

DUIT

Imej
Assalamualaikum. D.U.I.T pernah dengar ungkapan ini terutamanya untuk mereka yang selalu ke kem motivasi? inilah dia, D=Doa U=Usaha I=Ikhtiar / Istiqomah T=Tawakkal DUIT ini amat terkenal di kalangan pelajar tapi apakah selain pelajar tidak perlukan kuasa DUIT ini? contoh (1), menjawab peperiksaan/ujian sebagai seorang pelajar. seringkali diingatkan untuk merapatkan hubungan dengan Allah sebab doa adalah senjata paling ampuh. tapi kerapkali, ramai yang lupa hakikat ini untuk berdoa sentiasa. hanya berdoa bila perlu. contoh (2), institut sukan. berlatih bersungguh-sungguh, pagi-petang-malam. tapi, dimanakah bahagian usaha dari segi rohaninya, iaitu Solat (lagi-lagi solat hajat)? nampak mudah benda ini, tapi taksemua orang mampu buat. alhasilnya, ramai yang merasakan kejayaan adalah hasil dari usaha keras diri sendiri. betulkan? contoh (3), politik. sebaik mana satu-satu parti itu, tapi sekiranya  munajat kepada Allah tak dilaksanakan sebagai salah satu usaha ...

HARI KIAMAT, bagaimana gambarannya?

Imej
Assalamualaikum. Kiamat. bila tiba waktunya, ibu takkisah pada anak, anak takkisah pada ibu, suami tak ingat pada isteri. semua hanya ingin menjaga kepentingan sendiri. yang penting jiwa selamat.  aku bawakan dua kisah yang pada aku ada iktibar besar boleh kita ambil. Pertama, satu kisah yang aku kira lucu tapi boleh diambil iktibar. Diceritakan oleh pensyarah lelaki aku,  "Masa saya muda dulu, saya pergi dating di Pavillion. masa tengah jalan-jalan tu, dengar satu bunyi letupan bom. saya pun apalagi, lari lah dulu. jauh jugak saya lari. tiba-tiba saya berhenti, dan saya baru teringat saya dah tertinggalkan awek saya.  bila saya pergi semula ke tempat tadi, awek saya masih di situ. dia marah saya sebab tinggalkan dia seorang diri kat situ dalam ketakutan (yerlah, kan bunyi bom).  lepastu, terus awek saya minta putus, sampai situ saja lah kisah saya. dan saya tak dating  dah lepastu." Kedua, satu kisah yang diceritakan ole...

Kehidupan dan hamba

Imej
Assalamualaikum. Kehidupan. Kompleks kan? bukan ingin merungut, hanya mengambil iktibar. Kehidupan berkisar kepada kelahiran, tumbesaran, kebahagiaan, kesusahan, akhirnya mati. sebagai contoh, Pada bulan 6 tahun 2016, KELAHIRAN; anak buah aku yang keempat dilahirkan. KEBAHAGIAAN; kakak saudara aku bertunang. anak kepada Tuan Guru Haji Rifaie berkahwin. KESUSAHAN; menyediakan perkara-perkara untuk Kem Leadtra Kolej 17 (hahaha, tetibe!) KEMATIAN; Allahyarham Tuan Guru Haji Salleh bin Musa meninggal (Alfatihah) lihat, hanya berkisar pada kesemua ini sahaja yang sememangnya akan terus terjadi hingga akhir detik waktu yang Allah tetapkan. Pasti! tapi, apa yang menjadikan kehidupan ini bermakna? pastinya, amal ibadat yang diredhai. kehidupan yang berkualiti. amal baik yang dibuat tiada henti; ikhlas.... (kau senaraikan sendiri selebihnya.. harhar) lalu, bagaimana untuk menjadikannya bermakna? memahami erti kehidupan ini, iaitu HAMBA. Hamba.  uji...

ISN ajar aku positif

Imej
Assalamualaikum. Senyum. ramai orang tahu senyum itu sedekah. tapi, benarkah aku dan kau memaknainya? tempat aku buat latihan industri (LI) untuk Tahun 3 Sains Bioperubatan adalah di Institut Sukan Negara (ISN). pengalaman yang aku dapat dari ISN adalah senyum. asal jumpa orang je senyum. sesiapa terserempak dengan aku walau aku takkenal pun dia, dia akan senyum dan senyuman dia itu adalah ikhlas. Allahu. sangat indah budaya ini. senyum. ada seorang Pakcik India ni, dia pekerja di ISN. asal terjumpa je dia akan ucapkan Selamat Pagi, Selamat Petang. rasa sangat dikenali walau hanya ucapan itu dan senyuman itu (padahal budak LI je). tambahan pula, aku LI kat makmal ISN, lagilah orang takkenal kalau diorang takdatang ke makmal perubatan ISN, hahaha. tapi, senyuman tetap diorang bagi. dari pegawai, pekerja, tukang bersih, sampailah atlet, suka benar senyum. lagi satu nilai positif aku dapat, ada sorang akak ni aku selalu ternampak dia solat dhuha di surau ISN. kat ISN...

Hidayah Allah terbahagi pada 3

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera. ini Coretan hati aku. Sedang aku lagha di malam hari, syok melayan telefon pintar (tapi aku takberapa pintar) haritu, Allah menghantar seorang hamba Dia yang aku takkenal pun tapi aku dan dia dalam satu kumpulan Whatsapp yang sama. tiba-tiba, dia menghantar satu mesej melalui Whatsapp kepada aku, "Selamat Tahun Baru 2018. moga amal dan ibadah kepada-Nya makin bertambah. semoga sentiasa dipermudahkan segala urusan pada tahun ini. inshaAllah aamiin." menyentak jiwa aku yang lalai yang amat. begitu indah susunan Allah untuk mengajak seorang hamba-Nya kepada Dia. pelbagai cara yang Allah hadirkan untuk memberi ilham kepada aku dan kau supaya sudah-sudahlah melayan nafsu dunia. Bila pula mahu menghadap-Nya. teringat aku kepada penerangan seorang ustaz tentang hidayah dan taufiq. katanya, "untuk Allah beri hidayah ni, ada 3 situasi. yang pertama, Allah memang nak bagi hidayah dan taufiq dan orang itu memang sedang me...

apakah bank-kuasa (powerbank) kita?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bank-kuasa (powerbank) adalah antara alat yang penting buat para pemilik telefon pintar dan telefon bimbit. ye kan? lalu, apa iktibar yang kita boleh ambil daripada kewujudan bank-kuasa ini? Bank-kuasa ini diperlukan bila telefon bimbit kita dah nyawa-nyawa ikan baterinya seperti hidup segan mati takmahu. bila kita tiada bank-kuasa ini, kita akan seboleh-bolehnya mencari sehingga jumpa, pinjam orang punya pun tak apalah, asalkan telefon bimbit terus hidup. kan? begitulah perumpaannya untuk Al-Quran. Al-Quran ini kita perlukan sentiasa untuk mengurangkan kelayuan kelesuan dan kepenatan hati dan iman seperti nyawa-nyawa ikan. sebab itu, amat dianjurkan untuk sentiasa mengaji dan membaca Al-Quran, setiap hari, takkisahlah berapa banyak mukasurat yang nak dibaca, yang penting baca. tambah sikit-sikit dan baca maksudnya pula. belajar pula tafsirnya, biar kuat rasa memerlukan bank-kuasa. takperlu mencari hanya bila perlu sebab kita sememangnya pe...

Sahabat

Imej
Assalamualaikum dan selamat sejatera. Nikmat hidup adalah antara nikmat yang berharga sebab Allah terus-menerus nak bagi kau dan aku buat pahala. Salah satu nikmat kehidupan adalah pabila ada sahabat yang sentiasa mendoakan kebaikan, kesihatan dan kesejahteraan diri kita. Hargailah sahabat begini dan sentiasa minta mereka doakan kau kerna kau dan aku taktahu doa siapa yang Allah terima, ye dak? Tambahan pula, sahabat seperti ini juga merupakan sahabat yang sentiasa mengingatkan kau tentang jalan kebaikan mencapai taqwa menuju syurga. sikit-sikit tapi sama-sama. takpernah tinggalkan kau dan biarkan kau dalam lembah kegelapan dosa. cumanya satu, kau kena sentiasa berdoa jua supaya Allah terus menghadirkan kau sahabat begini dan terus kekal dalam suasana yang baik. Dan berdoa Allah takpernah meninggalkan kau walaupun kau kerap kali jatuh dalam kemaksiatan yang entah ke-berapa ratus kali. hanya sahabat yang nak bersama dengan kau untuk menuju taqwa dan jalan berliku keimana...

Lepak di D'Qnut Chalet

Imej
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari Raya Qurban haritu dari 1/9-3/9/2017, Allah beri rezeki buat kedua ibubapa aku, untuk sekeluarga bercuti di Kuala Sungai Baru Melaka. Alhamdulillah, Allah bagi. Tempat yang dipilih adalah D'Qnut Chalet. Alhamdulillah tempat yang cantik dan damai sebab berdepan dengan laut. syok dan menarik. Fasiliti yang ada pun ok sebab pihak chalet ada sediakan makanan sekali (dalam pakej). ada sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Makanan boleh tambah-tambah. ahaha. Jadi, takperlu risau, inshaAllah takkelaparan. hewhew. Chalet ni, sebelum nak sampai tu, korang akan lalu kawasan kelapa sawit dulu. Jadi untuk pertama kali nak datang tu, jangan terkejut sebab korang kena lalu kawasan tu. Untuk ruangan bilik, pihak chalet ada sediakan dua jenis bilik samada bilik untuk dua orang atau bilik keluarga. bilik untuk dua orang tu pula ada dua jenis, iaitu (1) tandas yang kena turun guna tangga; atau (2) tandas yang sama paras ti...