Catatan

Random : Life

People look for beauty.  It's life.  So, just live the life. Just be yourself. Make improvement everyday. When people needs you, they will find you.  Or else, they eradicate you for awhile.  Then, they search for you again, if they need you. When life is empty, you find blank.  When life is blank, you find a hole.  Then, that hole makes you lonely.  Just you with silence surrounding.  Either you live it or you get up and walk away from there.  Fill in the blank.  Have a fresher life for brighter surrounding.  That is life, in my eyes.   Again, people search for perfection.  Without thinking that perfection is impossible.  They just search it till the end of life.  We should live our life in moderate style. Wasatiyyah (like PM Najib always said. eh.) Help each other to gain perfection together. Since this life will be awesome if and only if we help each other. Just my random though...

Pencarian kita sama

Dalam pencarian kita sama ditemukan, Dibawah rumpun wasilah, Generasi Pengembali Ummah. Bersama kita teruskan, Perjuangan yang indah ini, Untuk mencapai keredhaan Ilahi, Hingga ke akhirat nanti. Biar badai menghempas, Namun kita takkan cemas, Menghadapi segala rintangan. Biar badai menghempas, Namun kita takkan tewas, Menghadapi segala dugaan. #usrah

pilih kasih

Imej
Pilih kasih. Kadang tu kau takperasan kau sedang memilih kasih antara dua orang. Kata kau, kau tidak akan memilih kasih antara semua yang berada di sekeliling kau, tapi hakikatnya perbuatan kau menafikan segala kata kau itu. andai kau seorang ibu/ayah, kau takperasan perbuatan kau tu pilih kasih antara anak-anak. andai kau seorang nenek/datuk, kau takperasan perbuatan kau tu pilih kasih antara cucu-cucu. andai kau seorang kakak/abang/adik, kau takperasan perbuatan kau tu pilih kasih antara adik-beradik kau. andai kau seorang makcik/pakcik saudara, kau takperasan perbuatan kau tu pilih kasih antara anak-anak saudara kau.  andai kau seorang bos, kau takperasan perbuatan kau tu pilih kasih antara pekerja-pekerja kau, begitulah kehidupan. sehebat mana pun kau cuba untuk memberi sama-rata cinta dan kasih kau, pasti akan ada yang kau sayang lebih sikit berbanding yang lain. oleh yang demikian, pohonlah dari Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang agar cinta dan kasih dalam hati...

4 soalan hidup di Mahsyar.

Sedikit perkongsian. Empat persoalan hidup di Mahsyar ..... perlukan jawapannya sebelum dijemput oleh Rabbil 'Izzati.. رَوى ابنُ حِبَّانَ والترمذيُّ في جامِعِه أنَّ رسولَ الله صلى الله عليه وسلم قالَ: "لا تزولُ قَدَمَا عبدٍ يومَ القيامةِ حتَّى يُسألَ عن أربعٍ عَن عُمُرِه فيما أفناهُ وعن جسدِهِ فيما أبلاهُ وعن عِلمِهِ ماذا عَمِلَ فيهِ وعن مالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وفيما أنفقَهُ " Ibnu Hibban dan At Tirmizi meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda : " Tidak berganjak dua tapak kaki seorang hamba pada Hari Qiyamah sehinggalah ditanya tentang empat perkara : tentang UMURnya pada apakah telah dihabiskan, tentang TUBUHnya pada apakah telah digunakan, tentang ILMUnya pada apakah yang telah ia amalkan dan tentang HARTAnya dari mana diusahakannya dan pada apakah telah ia belanjakannya ". Justeru.....Persiapkanlah jawapannya dengan hidup sebagai seorang HAMBA di dunia ini... Umur demi ketaqwaan dan perjuangan... Pesan ABi (Ustaz Mohd Noor O...

Manusia itu sifatnya resah

Manusia itu sifatnya resah, Sifatnya cepat mengeluh, Sifatnya banyak mengadu, Itu memang fi'il yang Tuhan tetapkan. Tapi berbaliklah kepada Dia, Untuk setiap resah gelisah, Keluh kesah dan aduan. Kerana Dia amat cinta, Untuk mendengar semua butir kata hamba Dia. Hanya kita, Yang meletakkan Tuhan itu yang pertama, Atau yang kedua, Atau yang terakhir, Atau tiada langsung dalam senarai pengaduan kita? #manusiapelbagaisikap astaghfirullah wassalam

Cerita lama

Memori lama, Cerita lama, Kisah lama. Hargailah setiap satu itu. Hargailah setiap detik itu. Kerana, Semua yang lama-lama itu, Yang menjadikan kau yang sekarang. Janganlah kau abaikan memori dan pengalaman kau, Kerana dengan memori itu, Kau akan tertawa atas kenangan indahnya, Kerana dengan pengalaman itu, Kau jadikannya batasan dalam hidup kau untuk terus maju jaya mencapai redha Ilahi. #memoriberkasih #duajamaah #duatarbiyyah astaghfirullah wassalam

Kita sayang Tuhan tak?

Kau cari Tuhan, Kata kau takjumpa. Konon Tuhan sudah taksayang pada kau lagi. Konon Tuhan taknak kau hamba-Nya lagi. Kau cari Tuhan, Kata kau taktahu dimana. Dakwa kau Tuhan itu tiada. Sedangkan Tuhan di atas sana, Menanti engkau pulang kepada-Nya. Janji-Nya, Kau merangkak pada-Nya, Dia berjalan kepada kau. Kau berjalan pada-Nya, Dia berlari kepada kau. Kau selangkah pada-Nya, Dia seribu langkah kepada kau. Lalu, Sebenarnya kau yang, taknak jumpa atau, taknak cari? #Tuhansayangkita #kitasayangTuhantak astaghfirullah wassalam

Kesian bosan.

Bosan, Kau kata kau bosan. Sebab takde apa nak buat. Sebab taktahu nak buat apa. Tapi, Kau sebenarnya yang izinkan bosan itu hadir. Sebab kau tak cari kerja. Sebab kau tak cari nak buat apa. Sudahlah tu dengan bosan. Kesian pada bosan. Dia dipersalahkan oleh kau. Sedangkan kau yang salah. Sedarlah diri. #bosanmakhlukTuhanjuga #sedardiri astaghfirullah wassalam

sebarkan aura bahagia, takkan nak ceria sendiri aje.

Imej
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Aku nak kongsi sikit, Kebahagiaan dari kacamata aku. Bahagia adalah satu perasaan yang takdapat dielak dalam diri seorang manusia. Bahagia dapat dilihat bilamana seorang itu senyum, tenang, gembira, tertawa. Berdasarkan kamus dewan edisi ke empat, kebahagiaan adalah perasaan bahagia, kesenangan hidup, kemujuran, keberuntungan setiap orang tafsirkan bahagia itu tak sama. Sebab masing2 ada cara tersendiri untuk mencapai bahagia. Ini dari pandangan dan kacamata aku, bahagia itu bila kita dapat buat orang tersenyum dan kita pun senyum juga. Maknanya, kita tengok orang lain bahagia atas usaha kita, kita akan bahagia juga. Masa aku kecik, apa yang aku faham dengan bahagia adalah kita dapat barang yang kita nak. Aku senyum, suka, riang, mak ayah aku pun senyum riang juga. Masa tu, aku rasa itulah bahagia. Bila masuk sekolah, takrifan kebahagiaan yang baru pula muncul, bilamana dapat gred bagus, aku senyum. Itu bahagia yang aku faham...

Jadi jahat, taksusah

Jadi jahat taksusah, Kau berhenti buat baik. Biasakan diri dengan lagha, Kau akan rasa manisnya lagha. Kau akan kebal dengan perasaan jahat itu salah. Lalu hati keras, otak bebal, akal terperangkap. Akal terperangkap dengan indahnya dunia. Otak bebal dek keasyikan maksiat. Hati keras kerana berhenti buat baik. Berhenti buat baik, Bererti berhenti mengingati Tuhan. Lantas, Jahat menyelimuti diri. Kau tidur dalam pelukan lagha. Bermimpikan hidangan manis kelalaian. Sehingga kau buta akan kebaikan. Tinggallah kau dalam kelam gelap, Melayan diri, asyik sendiri. Dalam bayangan dan mimpi indah kejahatan. #semogadijauhkandarimaksiat astaghfirullah wassalam

Tekad berubah

Tekad untuk berubah, Tapi tekad itu pudar sekian lama. Tekad jadi baik, Tapi tekad itu hilang selepas itu. Susah membuat tekad, Seandainya suasana tidak membantu. Payah tetap pada tekad, Sekiranya hati tidak pasak pada niat. Carilah sebab untuk berubah. Carilah sebab untuk jadi baik. Semoga dengan itu tekad itu kekal. Andai tekad pudar dan mula hilang, Ingat kembali sebab memulakan perubahan. Harapnya tekad itu terpasak dalam hati. Sepertimana pasaknya gunung pada bumi, Kukuh, kekal dan teguh. #tekadberubah #tarbiyyahRamadhan Satu lagu yang boleh menjadi perangsang untuk kita berubah. lagu ini oleh kumpulan nasyid Brothers bertajuk SABAR,  ni link dia,  https://www.youtube.com/watch?v=h0HR0Ge7JiE&index=3&list=RD3fP-1C30uFM astaghfirullah wassalam

Minta maaf umpama cari pasir dalam laut

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pesan seorang ustaz aku, namanya Ustaz Yusri, kalau dah buat salah pada orang itu teruslah minta maaf di dunia ini, takperlulah nak tunggu di akhirat nanti baru nak cari. Sebab apa? Ustaz Yusri berkata, Tok Gurunya berpesan, sewaktu di akhirat nanti, nak cari orang yang kita nak minta maaf tu, umpamanya, ambil pasir laut tu dan baling ke dalam laut, dan cari semula pasir yang dibaling tadi. Itulah pesan ustaz aku. Celah mana kita nak cari balik pasir yang kita baling tu, ingat senang ke? dahlah pasir semua sama jeeeee. oleh itu, minta maaflah pada orang yang kita buat salah tu di dunia ni, supaya di akhirat nanti, semoga kita terlepas dengan kesalahan itu sebab kita dah minta maaf siap-siap. setakat itu sahaja aku nak berkongsi dengan korang. kalau ada lagi, aku kongsi inshaAllah. #Syawal #rayamohonmaaf astaghfirullah wassalam

Semoga abadi kasihnya

Andai aku tahu cinta itu payah, Pasti aku tidak cuba mencarinya. Namun fitrah manusia, Tuhan tetapkan,  Ada rasa ingin berkasih bercinta. Bukan mudah memahami cinta, Apatah lagi ingin berkasih. Namun ada yang berjaya mengharungi cinta itu,  Setelah bersusah payah. Semoga cinta yang ditemui itu,  Cinta abadi, Kasih manusia dan kasih Tuhan. #cintataksampailagi #belajaruntukcintaTuhandulu astaghfirullah wassalam.

Kalau bukan sekarang, bila lagi?

Assalamualaikum dan selamat pagi. *lambai-lambai* Sekarang ni kita dalam bulan Ramadhan, dah hari ke 14 dah. dah separuh Ramadhan rupanya. tapi, adakah perasaan untuk berlumba-lumba melakukan amal tu masih ada? memandangkan kita pun dah pertengahan jalan, nak tak nak kita memang kene teruskan. kalau bukan sekarang mengumpul amal kebaikan, bila lagi, ye dok? nak tunggu tahun depan? nak tunggu esok? sampai bila kita nak bertangguh? sebab bertangguh tu kan tak baik. dan sekarang ni kan bulan baik yang mana tiada syaitan padanya, sebab dah kene ikat. maka, segala kemalasan yang wujud tu sebenarnya adalah dari dalam diri kita sendiri. rasa malas nak baca Qur'an. rasa malas nak zikir. rasa malas nak solat sunat. rasa malas nak buat baik. semua kemalasan ni tadi memang wujud untuk melemahkan semangat kita, nak taknak memang kene paksa untuk buat amalan tu. yerlah, mana ada bende baik yang syok nak buat melainkan kita mula paksa diri dan kita akan mula rasa nikmat tu nanti, perlahan-l...

Mujahadah kita berbeza

Imej
"Hai manusia,  sesungguhnya kamu telah bekerja bersungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemuinya." (84:6) Mujahadah. semua orang ada gaya mujahadah tersendiri. semua orang ada cara tersendiri. satu suara kata, "korang bolehlah, budak2 sekolah agama. dah hebat agama. aku ni haa, baru nak belajar agama, baru nak berubah.  kau bukannya faham pun rasa sakit, rasa penat, rasa lelah bersusahpayah menjadi baik." satu suara pula kata, "budak sekolah agama, budak yang dah pandai agama, budak yang memang dah soleh dari kecik, suasana soleh sekitarnya sentiasa. tak bermakna  sudah hebat, sebab, mujahadah tetap saja perlu, kerana, bebanan pada bahu mereka juga ada malah lebih lagi, tambahan pula, seorang Muslim itu perlu lebih baik setiap hari." sungguh, mujahadah setiap orang berbeza.  maka,  jangan kau perkecilkan usaha mereka yang ingin ...

fokus

Harapan. Pernah aku letakkan sebelum ini. Namun punah begitu saja. tidak mengapa. aku cuba letakkan sekali lagi. dan punah sekali lagi. aku jatuh.  entah kali ke-berapa. lantas,  Allah hadirkan sahabat mengingatkan aku. ya,  aku bangun dari tersungkur itu.  usahaku,  semua aku fokuskan pada objektif aku. tapi, aku gagal lagi. dan aku terdiam dan terkedu. tiba-tiba, satu pesanan menyentap aku. minta aku untuk tajdid niat. minta aku supaya jangan ulang kesalahan yang sama.  baik, kali ini,  bersama dengan pasukan yang lama yang bernafas baru, inshaAllah. aku mohon Allah berikan petunjuk.  aku bukanlah hebat untuk syurga. tapi,  aku juga pencinta syurga, yang mencari cahaya di atas cahaya dalam kegelapan.  astaghfirullah. wassalam.

Shine like Ibn Al-Haytham

They filled my path full of doubt And wouldn’t hear me out But still I chased my dreams They told me to quit But my heart could not resist And from the darkness came a light I will shine on tomorrow Light the way for all to follow From the darkness I will shine Learning from the past I tried To stare the world in the eyes Find strength to pull me through I saw through my tests and trials A road that ran a thousand miles At the end was only truth I will shine on tomorrow Light the way for all to follow In the darkness I will shine I will shine on forever Take my chance now or never In the darkness I will shine I know I can if I believe And I will choose my destiny We’ll make the change we want to see I know we can if we believe And we will choose our destiny I know I can if I believe ‪#‎ Shine‬   ‪#‎ IbnAlhaytham‬   ‪#‎ SamiYusuf‬   ‪#‎ 1001Inventions‬

Jiwa yang tenang

Jiwa yang tenang adalah jiwa yang mengingati Tuhannya lahir daripada lidah yang basah menyebut nama Tuhannya Jiwa yang tenang hanya hadir bila kita betul-betul mencarinya seandainya kita seperti acuh tidak acuh menerokainya nescaya jiwa yang tenang tidak akan hadir oleh itu berusahalah menggapai jiwa yang tenang dengan ilmu dan amal kerna Jiwa yang tenang adalah jiwa yang sentiasa dibawah naungan rahmat-Nya dan jiwa ini sentiasa dibawah lindungan keselamatan-Nya maka carilah annafsu al-mutmainnah iaitu jiwa yang tenang untuk mencapai kebahagiaan abadi surah alfajr:27-30 astaghfirullah wassalam

orang asing.

Assalamualaikum. saja nak kongsi pesanan ustaz gojes aku. huhu... Pesan ustaz aku, orang asing itu takrifannya adalah begini, "Orang asing itu bukanlah yang meninggalkan negerinya tapi orang asing itu tetap serius dengan syariat Allah sedangkan orang lain asyik dengan dunia dan orang asing itu berjaga pada waktu malam pada saat orang lain asyik lena dengan dunia."  (Ustaz Khairul Amri) aku pun tengah berusaha jadi orang asing tu jugak.  payah T.T.  doakan aku.  terima kasih.  astaghfirullah. wassalam.

semua pun rasa tapi salah aku sebenarnya.

semua pun rasa, diri kecewa. semua pun rasa, diri sedih. semua rasa, hujan yang turun, mengiringi kesedihan hati. semua rasa, mereka tak faham akan diri, yang tanggung bebanan. yang di atas rasa, yang bawah tak memahami. yang di bawah rasa, yang atas tak memahami. hanya satu, sebab takde yang bersuara. menjelaskan isi hati. semua pun pendam. yang di atas, menyelesaikan isu sendiri. yang di bawah, menyelesaikan isu sendiri. sebab apa, sebab yang di atas rasa, yang di bawah tak faham kenapa yang di atas buat sedemikian cara. sebab apa, sebab yang di bawah rasa, yang di atas takkan pernah faham kenapa yang di bawah buat sebegini rupa. yang di atas,  nak tolong dan bantu. yang di bawah pula, rasa yang di atas tak ambil tahu tentang kebajikan mereka. alahai, adat berorganisasi. yang lama, yang baru, yang di atas, yang di bawah, semua pun perlu untuk jujur dengan hati sendiri. semua pun perlu bantu membantu sesama sendiri. ni, aku cakap ...