Catatan

DUIT

Imej
Assalamualaikum. D.U.I.T pernah dengar ungkapan ini terutamanya untuk mereka yang selalu ke kem motivasi? inilah dia, D=Doa U=Usaha I=Ikhtiar / Istiqomah T=Tawakkal DUIT ini amat terkenal di kalangan pelajar tapi apakah selain pelajar tidak perlukan kuasa DUIT ini? contoh (1), menjawab peperiksaan/ujian sebagai seorang pelajar. seringkali diingatkan untuk merapatkan hubungan dengan Allah sebab doa adalah senjata paling ampuh. tapi kerapkali, ramai yang lupa hakikat ini untuk berdoa sentiasa. hanya berdoa bila perlu. contoh (2), institut sukan. berlatih bersungguh-sungguh, pagi-petang-malam. tapi, dimanakah bahagian usaha dari segi rohaninya, iaitu Solat (lagi-lagi solat hajat)? nampak mudah benda ini, tapi taksemua orang mampu buat. alhasilnya, ramai yang merasakan kejayaan adalah hasil dari usaha keras diri sendiri. betulkan? contoh (3), politik. sebaik mana satu-satu parti itu, tapi sekiranya  munajat kepada Allah tak dilaksanakan sebagai salah satu usaha ...

HARI KIAMAT, bagaimana gambarannya?

Imej
Assalamualaikum. Kiamat. bila tiba waktunya, ibu takkisah pada anak, anak takkisah pada ibu, suami tak ingat pada isteri. semua hanya ingin menjaga kepentingan sendiri. yang penting jiwa selamat.  aku bawakan dua kisah yang pada aku ada iktibar besar boleh kita ambil. Pertama, satu kisah yang aku kira lucu tapi boleh diambil iktibar. Diceritakan oleh pensyarah lelaki aku,  "Masa saya muda dulu, saya pergi dating di Pavillion. masa tengah jalan-jalan tu, dengar satu bunyi letupan bom. saya pun apalagi, lari lah dulu. jauh jugak saya lari. tiba-tiba saya berhenti, dan saya baru teringat saya dah tertinggalkan awek saya.  bila saya pergi semula ke tempat tadi, awek saya masih di situ. dia marah saya sebab tinggalkan dia seorang diri kat situ dalam ketakutan (yerlah, kan bunyi bom).  lepastu, terus awek saya minta putus, sampai situ saja lah kisah saya. dan saya tak dating  dah lepastu." Kedua, satu kisah yang diceritakan ole...

Kehidupan dan hamba

Imej
Assalamualaikum. Kehidupan. Kompleks kan? bukan ingin merungut, hanya mengambil iktibar. Kehidupan berkisar kepada kelahiran, tumbesaran, kebahagiaan, kesusahan, akhirnya mati. sebagai contoh, Pada bulan 6 tahun 2016, KELAHIRAN; anak buah aku yang keempat dilahirkan. KEBAHAGIAAN; kakak saudara aku bertunang. anak kepada Tuan Guru Haji Rifaie berkahwin. KESUSAHAN; menyediakan perkara-perkara untuk Kem Leadtra Kolej 17 (hahaha, tetibe!) KEMATIAN; Allahyarham Tuan Guru Haji Salleh bin Musa meninggal (Alfatihah) lihat, hanya berkisar pada kesemua ini sahaja yang sememangnya akan terus terjadi hingga akhir detik waktu yang Allah tetapkan. Pasti! tapi, apa yang menjadikan kehidupan ini bermakna? pastinya, amal ibadat yang diredhai. kehidupan yang berkualiti. amal baik yang dibuat tiada henti; ikhlas.... (kau senaraikan sendiri selebihnya.. harhar) lalu, bagaimana untuk menjadikannya bermakna? memahami erti kehidupan ini, iaitu HAMBA. Hamba.  uji...

ISN ajar aku positif

Imej
Assalamualaikum. Senyum. ramai orang tahu senyum itu sedekah. tapi, benarkah aku dan kau memaknainya? tempat aku buat latihan industri (LI) untuk Tahun 3 Sains Bioperubatan adalah di Institut Sukan Negara (ISN). pengalaman yang aku dapat dari ISN adalah senyum. asal jumpa orang je senyum. sesiapa terserempak dengan aku walau aku takkenal pun dia, dia akan senyum dan senyuman dia itu adalah ikhlas. Allahu. sangat indah budaya ini. senyum. ada seorang Pakcik India ni, dia pekerja di ISN. asal terjumpa je dia akan ucapkan Selamat Pagi, Selamat Petang. rasa sangat dikenali walau hanya ucapan itu dan senyuman itu (padahal budak LI je). tambahan pula, aku LI kat makmal ISN, lagilah orang takkenal kalau diorang takdatang ke makmal perubatan ISN, hahaha. tapi, senyuman tetap diorang bagi. dari pegawai, pekerja, tukang bersih, sampailah atlet, suka benar senyum. lagi satu nilai positif aku dapat, ada sorang akak ni aku selalu ternampak dia solat dhuha di surau ISN. kat ISN...

Hidayah Allah terbahagi pada 3

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera. ini Coretan hati aku. Sedang aku lagha di malam hari, syok melayan telefon pintar (tapi aku takberapa pintar) haritu, Allah menghantar seorang hamba Dia yang aku takkenal pun tapi aku dan dia dalam satu kumpulan Whatsapp yang sama. tiba-tiba, dia menghantar satu mesej melalui Whatsapp kepada aku, "Selamat Tahun Baru 2018. moga amal dan ibadah kepada-Nya makin bertambah. semoga sentiasa dipermudahkan segala urusan pada tahun ini. inshaAllah aamiin." menyentak jiwa aku yang lalai yang amat. begitu indah susunan Allah untuk mengajak seorang hamba-Nya kepada Dia. pelbagai cara yang Allah hadirkan untuk memberi ilham kepada aku dan kau supaya sudah-sudahlah melayan nafsu dunia. Bila pula mahu menghadap-Nya. teringat aku kepada penerangan seorang ustaz tentang hidayah dan taufiq. katanya, "untuk Allah beri hidayah ni, ada 3 situasi. yang pertama, Allah memang nak bagi hidayah dan taufiq dan orang itu memang sedang me...

apakah bank-kuasa (powerbank) kita?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bank-kuasa (powerbank) adalah antara alat yang penting buat para pemilik telefon pintar dan telefon bimbit. ye kan? lalu, apa iktibar yang kita boleh ambil daripada kewujudan bank-kuasa ini? Bank-kuasa ini diperlukan bila telefon bimbit kita dah nyawa-nyawa ikan baterinya seperti hidup segan mati takmahu. bila kita tiada bank-kuasa ini, kita akan seboleh-bolehnya mencari sehingga jumpa, pinjam orang punya pun tak apalah, asalkan telefon bimbit terus hidup. kan? begitulah perumpaannya untuk Al-Quran. Al-Quran ini kita perlukan sentiasa untuk mengurangkan kelayuan kelesuan dan kepenatan hati dan iman seperti nyawa-nyawa ikan. sebab itu, amat dianjurkan untuk sentiasa mengaji dan membaca Al-Quran, setiap hari, takkisahlah berapa banyak mukasurat yang nak dibaca, yang penting baca. tambah sikit-sikit dan baca maksudnya pula. belajar pula tafsirnya, biar kuat rasa memerlukan bank-kuasa. takperlu mencari hanya bila perlu sebab kita sememangnya pe...

Sahabat

Imej
Assalamualaikum dan selamat sejatera. Nikmat hidup adalah antara nikmat yang berharga sebab Allah terus-menerus nak bagi kau dan aku buat pahala. Salah satu nikmat kehidupan adalah pabila ada sahabat yang sentiasa mendoakan kebaikan, kesihatan dan kesejahteraan diri kita. Hargailah sahabat begini dan sentiasa minta mereka doakan kau kerna kau dan aku taktahu doa siapa yang Allah terima, ye dak? Tambahan pula, sahabat seperti ini juga merupakan sahabat yang sentiasa mengingatkan kau tentang jalan kebaikan mencapai taqwa menuju syurga. sikit-sikit tapi sama-sama. takpernah tinggalkan kau dan biarkan kau dalam lembah kegelapan dosa. cumanya satu, kau kena sentiasa berdoa jua supaya Allah terus menghadirkan kau sahabat begini dan terus kekal dalam suasana yang baik. Dan berdoa Allah takpernah meninggalkan kau walaupun kau kerap kali jatuh dalam kemaksiatan yang entah ke-berapa ratus kali. hanya sahabat yang nak bersama dengan kau untuk menuju taqwa dan jalan berliku keimana...

Lepak di D'Qnut Chalet

Imej
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari Raya Qurban haritu dari 1/9-3/9/2017, Allah beri rezeki buat kedua ibubapa aku, untuk sekeluarga bercuti di Kuala Sungai Baru Melaka. Alhamdulillah, Allah bagi. Tempat yang dipilih adalah D'Qnut Chalet. Alhamdulillah tempat yang cantik dan damai sebab berdepan dengan laut. syok dan menarik. Fasiliti yang ada pun ok sebab pihak chalet ada sediakan makanan sekali (dalam pakej). ada sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Makanan boleh tambah-tambah. ahaha. Jadi, takperlu risau, inshaAllah takkelaparan. hewhew. Chalet ni, sebelum nak sampai tu, korang akan lalu kawasan kelapa sawit dulu. Jadi untuk pertama kali nak datang tu, jangan terkejut sebab korang kena lalu kawasan tu. Untuk ruangan bilik, pihak chalet ada sediakan dua jenis bilik samada bilik untuk dua orang atau bilik keluarga. bilik untuk dua orang tu pula ada dua jenis, iaitu (1) tandas yang kena turun guna tangga; atau (2) tandas yang sama paras ti...

Takpernah datang, tiba-tiba nak komen banyak-banyak

Imej
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kalian suka memberi komen dan cadangan atau sebenarnya kalian mengata?  Pada pandangan aku yang sikit ilmu ni, memberi komen atau cadangan dan mengata adalah dua perkara yang berbeza. Nampak macam sama sebab kedua-duanya seperti mengutarakan idea. Namun, nada suara, cara bercakap, susunan ayat dan pemilihan kata memainkan peranan penting untuk seseorang itu dikategorikan samada memberi cadangan atau mengata.  Aku nak cerita, semalam, ada ceramah kat surau aku. Aku takpernah dengar ceramah oleh ustaz yang seorang ini. Cara ceramah dia, ok-ok saja. Dia bercerita tentang kematian, tentang sedekah, amal jariah dan anak soleh. Kemudiannya, dia kata perlu untuk ahli kariah meramaikan surau. Masa dia cakap ni, aku ok lagi. Yang aku takberapa nak ok tu bila dia sebut, dia ada ceramah di satu masjid ni, ada 100 orang jemaah, sejuk mata memandang. tahulah surau kariah aku ni tak ramai jemaahnya, kebetulan masa dia datang semalam, ada da...

You came to me

Imej
Munsyid : Sami Yusuf You came to me in that hour of need When I was so lost, so lonely You came to me, took my breath away Showed me the right way, the way to lead You filled my heart with love, showed me the light above Now all I want is to be with you You are my one true love, taught me to never judge Now all I want is to be with you Allahumma salli ‘ala sayyidina mustafa ‘ala habibika nabiika mustafa You came to me in the time of despair I called onto you, you were there Without you what would my life be Not know the unseen, the worlds between For you I’d sacrifice, for you I’d give my life Anything just to be with you I feel so lost that times by all the hurt and lies Now all I want is to be with you Allahumma salli ‘ala sayyidina mustafa ‘ala habibika nabiika mustafa Showed me right from wrong Told me to be strong Need you more than ever ya RasulAllah You came to me in that hour of need Need you more than ever ya RasulAllah You filled my heart with love, showed me th...

tiada cinta ; mengundang jemu

Imej
"Bilamana amal yang dibuat tanpa cinta, akan mengundang jemu" ayat yang ringkas dan padat ini dari Ustaz Muhammad Fuad, Pembimbing Majlis Ta'lim Nurul Syariah (MTNS). Lahirkanlah cinta walaupun sedikit-sedikit, kerana bila ada cinta akan mengurangkan rasa jemu. lahirkan cinta untuk amal. lahirkan cinta untuk buat baik. begitu juga dengan orang bercinta, dalam marak cinta, jemu itu payah sekali untuk hadir. bila bercinta dengan amalan, bercinta dengan kebaikan, bercinta untuk berkasih dengan Rasulullah SAW, bercinta untuk bertemu dan berkasih dengan Allah, jemu, bosan, malas akan berkurangan. payah untuk bercinta andai tidak kenal, sesuai dengan pepatah melayu, takkenal maka tak cinta. walaupun pepatah ini biasa dengar, tapi susah nak praktik. benar? begitu juga bila tak suburkan cinta kepada Allah dan Rasul. sebab itu senang dan mudah untuk rasa jemu, malas. dikisahkan, seorang sahabat nabi (nama tak ingat)... beliau tidak boleh tidak berjumpa Nabi bar...

berhati-hati dengan ipar duai

Imej
(kredit kepada nurulhayatku) bercerita ustaz semalam, semasa kuliah di hari pertama solat sunat tarawih diadakan.  beliau bercerita tentang ipar duai. dikhabarkannya, di dalam sebuah kitab arab, ada diceritakan kenapa ipar duai ini paling binasa andai tidak dijaga batas pergaulan. ipar duai adalah mereka yang paling tidak diragui kerana menganggap mereka jua satu keluarga. Kisah bermula begini,   seorang lelaki bernama Zaid (bkn nama sbnr) ada adik bernama Ubai (bukan nama sebenar). Zaid in sudah berkahwin dan duduk di bandar sedangkan keluarganya duduk di kampung. selang beberapa tahun, Ubai berjaya masuk ke universiti, kemudian, ibu Zaid meminta kepada Zaid supaya Ubai boleh tumpang rumah Zaid sepanjang pengajiannya di universiti. namun, Zaid bantah pada awalnya, kerana dia sering keluar dari kawasan untuk urusan kerja sedangkan hanya ada isterinya sahaja dirumah. lalu, ibunya membantah dan bertanya padanya adakah dia meragui tentang adiknya sendiri. Z...

fly high

Imej
credit to sir.frontier - bandcamp he looks up, a flock of bird, fly high, reaching up to the sky. he looks down,  a colony of ants, walking straight, to their nest.  he looks to his side, a group of people, rushing, chasing their dreams. while,  he is standing there,  searching the meaning of life.  he wants to be like bird, fly high, searching for his aim. he wants to be like ant, into the deepest area, searching for his dream, he want to be like others, rushing and chasing their dream.  after all, he realized,  he need to be himself, in understanding His Lord planning for him.  and he whisper to himself, "wherever You are, I will find you. cause You are The Lord, I will turn to"  may Allah bless in this Ramadhan 1438H. astaghfirullah wassalam